Wednesday, April 30, 2008

kenduri arwah

Drpd Abdillah bin Ja’far, berkara, ketikamana datang berita tentang kematian Ja’far, nabi s.a.w pun bersabda: “ perbuat olehmu sekalian bagi ahli ja’afar makanan, maka bahawasanya telah dating akan mereka itu barang yang memberi bimbang akan mereka.

Tatkala datang khabar kematian jaafar saudara saidina Ali karamallahuwajhah di dalam peperangan pada tahun yg ke lapan hijrah kepada ahlinya, maka bersabda nabi s.a.w: perbuat olehmu sekalian bagi anak isteri jaafar akan makanan, biarkan serta suruhkan mereka itu makan jangan dibiarkan dukacita. Sebab pun aku suruh akan sekalian kamu memperbuatkan mereka itu makanan kerana sesungguhnya telah datang akan mereka itu oleh barang yang memberi bimbang akan mereka daripada dukacita kematian jaafar bin Abi Talib yang mati syahid.

Kata Abu Isa at-tirmizi- bermula ini hadis hasan lagi soheh. Dan sesungguhnya adalah setengah daripada ahli ilmu berkata disunatkan memberi sesuatu kepada ahli maiyit kerana bim,bang mereka itu dengan kemalangan. Maka ialah perkataan syafi’i.

(Bahru al-mazi,karya imam al-marbawi as-syafi’I, Bab Ma Ja’a fi at-taam yasna’ li ahli mayyit (bab tentang makanan yang dibuat untuk keluarga si mati), jilid 7,ms 129)

303: masalah- memasakkan makanan bagi ahli mayat kata nawawi di dlm syarh muhazzab: dan tlh dtg nusus as-syafii did lm al-umm dan al-mukhtasar dan al-ashab atas sunnah bagi kerabat2 mayat dan orang yg sejiran dgnnya memperbuatkan dan mempermasakkan makanan bagi anak isteri mayat. Maka kira kira yg demikian itu ialah kira kira cukup sehari semalam. Kata as-syafi’I dlm al-mukhtasar: dan aku sukakan bagi kerabat2 mayat dan tetangganya memasakkan bagi ahli mayat itu akan makanan yang secukup sehari semalam kerana ia sunnah dan perbuatan ahli khair.

Telah berkata ashab kita:dan disuruh dengan bersungguh2 atas mereka itu makan masak itu jangan nantikan mereka itu yang dating dengan sendirinya, kerana entahkan mereka itu malu atau sebab dukacita maka mereka itu tak mau makan. Maka dengan kerana itu jikalau dibiarkan jadilah lemah mereka itu. Dan jikalau ada mayat itu pada satu negeri lain disunatkan bagi jiran ahlinya memperbuatkan bagi mereka itu makanan.

(Bahru al-mazi,karya imam al-marbawi as-syafi’I, Bab Ma Ja’a fi at-taam yasna’ li ahli mayyit (bab tentang makanan yang dibuat untuk keluarga si mati),masalah no 303, jilid 7,ms 129,130)

304- masalah: bermasak ahli mayat dan himpunkan orang diberi makan apa hukumnya
Berkata nawawi dlm al-majmu’: tlh bkata ashab kita: dan jika ada perempuan yang meratap2 kan itu di tempat mayat tiada harus diperbuatkan dan dimasakkan makanan baginya, kerana menolong mereka itu atas maksiat.

Telah berkata sahib as-syamil dan lainnya, adapaun bermasak ahli mayat itu akan makanan dan dihimpunnya orang 2 memakannya maka kerja itu tiada dinaqal daripadanya sesuatu, maka ialah bid’ah yang tiada elok ini kalam sohib as-shamil. Dan mengambil dalil ia dengan hadith jabir r.a, “ adalah kami bilang dan kami kirakan berhimpun orang2 kepada ahli mayat dan berhimpun memperbuat makanan kemudian daripada tanamnya ialah daripada bilangan ratap2an. Meriwayatkan dia oleh Ahmad dan ibnu majah dengan isnad yang soheh. (Bahru al-mazi,karya imam al-marbawi as-syafi’I, Bab Ma Ja’a fi at-taam yasna’ li ahli mayyit (bab tentang makanan yang dibuat untuk keluarga si mati),masalah 304,jilid 7, ms 130)

Syarah hadith Jabir
Yang dimaksudkan dengan ahli mayat menyediakan makanan ialah menyediakan makanan sempena org yang telah dikebumikan dari kalangan mereka, serta untuk orang orang yang hadir si sisi mereka. Adapun membawa makanan untuk mereka kerana simpati, adalah dibolehkan, dan inilah maksud dari hadis Ja’far.

(Subulus salam syarah bulugh al-maram karya imam as-Son’ani,dikomentar oleh syeikh khalid Abdurrahman al-a’k, jilid 2,cetakan Dar as-Sadir, Bairut, cetakan pertama 1998,kitab al-janaiz, son’u at-to’am li ahli al-maiyit- kitab jenazah, menyediakan makanan bagikeluarga si mati, jilid 2,ms253)

Masalah: memberi makan ahli mayat

Disunatkan bagi kerabat si mati dan jirannya agar menyediakan bagi ahli mayat makanan yang mengenyangkan mereka sehari semalam, berdasarkan apa yang telah diriwayatkan: bahawa nabi s,aw ketika datang berita kematian jaafar bin abi Talib r.a, bersabda: “ buatkan untuk ahli jaafar makanan, sesungguhnya telah dating kpd mereka sesuatu yang membimbangkan mereka”. (nota kaki:diriwayatkan drp Abdullah bin Ja’’far dalam al-umm, musnad imam ahmad,abu daud, tirmizi, ibnu majah, al-hakim dan al-baihaqi. Disohehkan oleh tirmizi dan ibnu as-sakan).
Kerana yg demikian itu adalah daripada kebaikan.

Berkata ibnu as-sobagh: adapun keluarga si mati menyediakan makanan, dan mengumpulkan orang ke atasnya, maka tidak diriwayatkan dlmnya sesuatu pun, ia adalah bid’ah yang tidak disukai.
( nota kaki: berdasarkan apa yang telah diriwayatkan drp jarir bin Abdullah berkata: “ kami mengirakan berkumpul kepada ahli mayat dan menyediakan makanan setelah dia dikuburkan adalah sebahgian daripada ratapan. Riwayat Ahmad,dan ibnu majah dengan sanad yang soheh atas syarat bukhari dan muslim. Disebutkan juga oleh ibnu kathir dalam (Irsyad al-Faqih).
Dan ini merupakan bid’ah yang terlarang, serta berkaitan pula dengan kemungkaran yang jelek, dan telah thabit dlm soheh ibnu hibban : “ setiap benda yang direka itu adalah bid’ah, dan setiap bid;ah itu adalah sesat.”
Disunatkan yang demikian itu (yakni menyediakan utk ahli mayat) di hari kematian sahaja, tidak diulang2 selama seminggu, dan dinamakan dengan nama seperti at-tanzilah.
Berkumpul kepada ahli mayat, dan ahli mayat menyediakan makanan, serta bermalam dengan mereka, semua itu adalah dari perbuatan jahiliyah. Demikian juga menyediakan makanan dalam masa seminggu, ataupun khamis pertama, atau di hari yang ke empat puluh, atau ketika isteri habis iddah, cukup setahun, dan di musim2 yang lain, semuanya itu akan memperbaharui kesedihan…)

(al-bayan fi mazhab al-imam as-syafi’I, syarah kitab al-muhazzab kamilan, wa al-fiqhu al-muqaran, karya Abu Husain Yahya bin abi al-khair salim al-imrani as-syafi’i, cetakan dar al-minhaj,kitab al-janaiz, bab at-ta’ziah wa al-buka ala maiyit, masalah it’am ashab al-mayyit.(kitab jenazah,bab takziah dan tangisan atas si mati, masalah memberi makan keluarga si mati) jilid3, ms126,127.)

Pengarang kitab fiqhu al-manhaji, ketika menerangkan tentang bid’ah bid’ah yang muncul dalam pengurusan jenazah menyebut di bawah bid’ah yang ke tujuh:

“ sibuknya keluarga si mati dengan penyediaan makanan dan menghimpunkan orang atas makanan itu, sepertimana yang telah pun menjadi kebiasaan orang di zaman ini, ia merupakan bid’ah yang bertentangan dengan sunnah, dan berlawanan dengan sunnah dengan pertentangan yang besar.

Adapun sunnah yang sebenarnya adalah bertentangan, iaitu orang ramai menyediakan makanan dan menghantarnya kepada keluarga si mati, ataupun mengumpulkan keluarga si mati untuk makan di rumah org yang menyediakan makanan untuk mereka. Yang demikian itu adalah berdasarkan hadis nabi, ketika mana datang berita kematian jaafar bin abi Talib r.a, baginda bersabda: “ buatkan untuk ahli jaafar makanan, sesungguhnya telah datang kpd mereka sesuatu yang membimbangkan mereka”-riwayat at-tirmizi,abu daud dan lain lainnya.

Dan diharamkan menyediakan makanan bagi mereka yang meratap, sama ada mereka dari kalngan keluarga si mati ataupun tidak, kerana yg demikian itu merupakan Bantu membantu ke arah maksiat dan mendorong kepada kekalnya dia di dalam keadaannya.

Dan antara bid’ah yang dibuat oleh keluarga si mati juga ialah mengumpulkan orang untuk makan sempena apa yang digelar berlalunya 40 hari dan sebagainya. Dan jika sekiranya belanja untuk makanan ini di ambil dari harta warisan dan menyebabkan kekurangannya, maka ia lebih lebih lagi diharamkan, kerana ia merupakan memakan harta anak yatim dan mengurangkannya bukan untuk maslahat nya. Dalam hal demikian,Kedua dua penjemput dan org yang makan adalah terjebak dengan perkara yang haram.”

(Fiqhu al-manhaji ala mazhab al-imam as-syafi’I, karya dr. Mustafa al-khin,Dr.Mustafa al-bugha, ali as-syarbaji, cetakan dar al-qalam dan dar as-syamiah,cetakan kelima 2003, bab tasyi’I al-janaiz, adabuha wa bid’uha- bab mengiringi jenazah, adab2nya dan bid’ah2nya, jilid1,ms 264)

No comments: