Thursday, June 19, 2008

bila disalahkan krn menyampaikan kebenaran..

bila disalahkan krn menyampaikan kebenaran..sunnah berjuang itu akhirnya tiba
kpd diri ini..


Agak lama jugak saya telah membuka kuliyah kitab janaiz di msjid kariah kampung. Asalnya mlm itu mlm kuliyah mengenai solat solat sunat. Bila dah habis membicarakn solat solat sunat, kami beralih kpd kitab jenazah.

Saya tidak menggunakan kitab al-albani “ahkam janaiz”, bukan juga kitab fiqh sunnah dan subulussalam,tapi sy menggunakan kitab fiqh manhaji,kitab mazhab syaf’I terkini.

Semuanya boleh dikatakan berjalan lancar, kecuali bbrapa masalah dlm bab kafan, dan mengapuri kubur-termasuk simen,marmar dsbnya, yg mengundang persoalan para pendengar-antara hukum agama dan amalan stengah org agama-yg dpt diselesaikan tanpa sebarang kehangatan dan kontroversi.

Hinggalah tiba dlm bab kenduri arwah, di mana saya mengkhususkannya sbg satu tajuk di satu mlm. Mulai dgn hadis hadis dlm bab ini, kmdian saya bawa mereka ke fiqh syafi’I dgn matan matan dr fiqh manhaji dan kitab2 mazhab syafi’i. kemudian saya baca dan terangkan pula matan matan dr kitab 4 mazhab yg lain dlm hal ini. akhirnya saya bawa mereka menghayati matan matan kitab kitab melayu ulama nusantara. Kesimpulannya satu, ulama2 menghukumnya sbg tegahan, sekurang2nya tegahan makruh beserta celaan, yg saya fahami sbg makruh tahrim.

Usai kuliah saya diaju pertanyaan, dlm pd nas2 syariah yg jelas, dan pndpt2 ulama, kenapa masih ada golongan agamawan yg masih melakukannya,siap disebut cnth org itu dr kg kami. Sy mnjawab sebaik mgkin,x mahu jwpn sy timbulkan kontroversi yg blh menyebabkan perlagaan antara saya graduan U tmptn ni dgn ustz2 al-Azhari. Kata saya, - mrk mmg punyai alasan tsndiri utk bertindak demikian,sprti alasan dakwah,masyarakat,kita x slhkan mrk 100%,krn ustz jg manusia, mrk ada kebarangkalian buat salah, bkn satu syarat nk jd alim x buat silap. tp kta sbg individu yg dpt ilmu cubalah amalkan mula2 dri kita,slps tu keluarga, ansur ansur i/Allah. meminjam kata2 ulama veteran di kg ni- sudah lbih tiga puluh tahun alasan dakwah dan msrakat diguna,tapi masih x terbasmi lgi.jd kita x nak tunggu tiga puluh tahun akn dtg.

Sy ingt ianya selesai di situ. Atas urusan keluarga,sy bermusafir sehari slps prstwa itu-tiga hari dua mlm. Bla pulang dr musafir, shbt sy memberitahu yg pd mlm kuliah sehari slps prstiwa itu, org yg sama btanya lg soalan yg sama. Dan ustz yg dimaksudkan si penyoal itu pula hadir pd masa itu!! Lalu mlm itu ustz itu (pengamal knduri arwah) menceritakan kpd shbt sy ini, yg saya x patut menimbulkn semula isu hukum kenduri arwah, dan dia akan menasihati sy bkaitan hal ini.

Sy sbnrnya terkejut mndengarnya.mcm2 perasaan timbul dlm diri sy. Dlm keadaan cara lembut begitu penyampaian saya sy dah disalahkan sedemikian rupa. Belum lagi saya guna method yg lebih tegas sprti yg dibuat sebahagian org.

Usai solat zohor d masjid, sy terus menemui ustz yg berkuliah mjwb soalan buat kali ke dua.rupanya Ustz itu mjawab, sealiran dgn jwpn saya,tp agak metafora dan tegas dr saya. secara kiasan,dia bkata yg kealiman seseorg x mjamin ia b’ada dlm landasan yg betul. Iblis pd asalnya b’ilmu,ahli ibadah,jd tok guru dan disegani malaikat, tp dek krn sikap x eloknya ia akhirnya tergelincir ke daerah kekufuran. Ust itu turut menyebut peranan ulama menyampaikan kebenaran,agr x tmasuk dlm golongan syaitan bisu.

Ustz ini kiranya tok guru utama sy d kg. dia mentor sy dlm berkuliah, org yg btanggungjwb melatih sy sampai sy mampu memberikan kuliyah.dia veteran dlm dakwah, tugasnya dlm dakwah –tiga puluh tahun lebih-lebih lama tempohnya drp tugasnya dlm kerajaan. Sy seorg yg bru setahun jagung pun bertanya,minta pndpt yg lbeh jauh berpengalaman, betul dah ke cr sy berkuliah ttg hal ini, atau perlukah sy berhenti dulu dr isu ini,dan guna cara lain.

Dia nasihati sy Jangan berhenti, skrg dah x ramai org yg berani menyampai kebenaran sprt ini d kg kita. Kalau x kita, siapa lg yg nak sampaikan. Apa yg awk belajar,hadis yg belajar, apa yg ada dlm kitab, kena sampaikan. Kena teruskan.

Nasihatnya alhamdulillah –dgn izin NYA-memulihkan kmbali perasaan x tenteram sy. Insya Allah sy akn teruskan perjuangan ini.

Wednesday, April 30, 2008

kenduri arwah

Drpd Abdillah bin Ja’far, berkara, ketikamana datang berita tentang kematian Ja’far, nabi s.a.w pun bersabda: “ perbuat olehmu sekalian bagi ahli ja’afar makanan, maka bahawasanya telah dating akan mereka itu barang yang memberi bimbang akan mereka.

Tatkala datang khabar kematian jaafar saudara saidina Ali karamallahuwajhah di dalam peperangan pada tahun yg ke lapan hijrah kepada ahlinya, maka bersabda nabi s.a.w: perbuat olehmu sekalian bagi anak isteri jaafar akan makanan, biarkan serta suruhkan mereka itu makan jangan dibiarkan dukacita. Sebab pun aku suruh akan sekalian kamu memperbuatkan mereka itu makanan kerana sesungguhnya telah datang akan mereka itu oleh barang yang memberi bimbang akan mereka daripada dukacita kematian jaafar bin Abi Talib yang mati syahid.

Kata Abu Isa at-tirmizi- bermula ini hadis hasan lagi soheh. Dan sesungguhnya adalah setengah daripada ahli ilmu berkata disunatkan memberi sesuatu kepada ahli maiyit kerana bim,bang mereka itu dengan kemalangan. Maka ialah perkataan syafi’i.

(Bahru al-mazi,karya imam al-marbawi as-syafi’I, Bab Ma Ja’a fi at-taam yasna’ li ahli mayyit (bab tentang makanan yang dibuat untuk keluarga si mati), jilid 7,ms 129)

303: masalah- memasakkan makanan bagi ahli mayat kata nawawi di dlm syarh muhazzab: dan tlh dtg nusus as-syafii did lm al-umm dan al-mukhtasar dan al-ashab atas sunnah bagi kerabat2 mayat dan orang yg sejiran dgnnya memperbuatkan dan mempermasakkan makanan bagi anak isteri mayat. Maka kira kira yg demikian itu ialah kira kira cukup sehari semalam. Kata as-syafi’I dlm al-mukhtasar: dan aku sukakan bagi kerabat2 mayat dan tetangganya memasakkan bagi ahli mayat itu akan makanan yang secukup sehari semalam kerana ia sunnah dan perbuatan ahli khair.

Telah berkata ashab kita:dan disuruh dengan bersungguh2 atas mereka itu makan masak itu jangan nantikan mereka itu yang dating dengan sendirinya, kerana entahkan mereka itu malu atau sebab dukacita maka mereka itu tak mau makan. Maka dengan kerana itu jikalau dibiarkan jadilah lemah mereka itu. Dan jikalau ada mayat itu pada satu negeri lain disunatkan bagi jiran ahlinya memperbuatkan bagi mereka itu makanan.

(Bahru al-mazi,karya imam al-marbawi as-syafi’I, Bab Ma Ja’a fi at-taam yasna’ li ahli mayyit (bab tentang makanan yang dibuat untuk keluarga si mati),masalah no 303, jilid 7,ms 129,130)

304- masalah: bermasak ahli mayat dan himpunkan orang diberi makan apa hukumnya
Berkata nawawi dlm al-majmu’: tlh bkata ashab kita: dan jika ada perempuan yang meratap2 kan itu di tempat mayat tiada harus diperbuatkan dan dimasakkan makanan baginya, kerana menolong mereka itu atas maksiat.

Telah berkata sahib as-syamil dan lainnya, adapaun bermasak ahli mayat itu akan makanan dan dihimpunnya orang 2 memakannya maka kerja itu tiada dinaqal daripadanya sesuatu, maka ialah bid’ah yang tiada elok ini kalam sohib as-shamil. Dan mengambil dalil ia dengan hadith jabir r.a, “ adalah kami bilang dan kami kirakan berhimpun orang2 kepada ahli mayat dan berhimpun memperbuat makanan kemudian daripada tanamnya ialah daripada bilangan ratap2an. Meriwayatkan dia oleh Ahmad dan ibnu majah dengan isnad yang soheh. (Bahru al-mazi,karya imam al-marbawi as-syafi’I, Bab Ma Ja’a fi at-taam yasna’ li ahli mayyit (bab tentang makanan yang dibuat untuk keluarga si mati),masalah 304,jilid 7, ms 130)

Syarah hadith Jabir
Yang dimaksudkan dengan ahli mayat menyediakan makanan ialah menyediakan makanan sempena org yang telah dikebumikan dari kalangan mereka, serta untuk orang orang yang hadir si sisi mereka. Adapun membawa makanan untuk mereka kerana simpati, adalah dibolehkan, dan inilah maksud dari hadis Ja’far.

(Subulus salam syarah bulugh al-maram karya imam as-Son’ani,dikomentar oleh syeikh khalid Abdurrahman al-a’k, jilid 2,cetakan Dar as-Sadir, Bairut, cetakan pertama 1998,kitab al-janaiz, son’u at-to’am li ahli al-maiyit- kitab jenazah, menyediakan makanan bagikeluarga si mati, jilid 2,ms253)

Masalah: memberi makan ahli mayat

Disunatkan bagi kerabat si mati dan jirannya agar menyediakan bagi ahli mayat makanan yang mengenyangkan mereka sehari semalam, berdasarkan apa yang telah diriwayatkan: bahawa nabi s,aw ketika datang berita kematian jaafar bin abi Talib r.a, bersabda: “ buatkan untuk ahli jaafar makanan, sesungguhnya telah dating kpd mereka sesuatu yang membimbangkan mereka”. (nota kaki:diriwayatkan drp Abdullah bin Ja’’far dalam al-umm, musnad imam ahmad,abu daud, tirmizi, ibnu majah, al-hakim dan al-baihaqi. Disohehkan oleh tirmizi dan ibnu as-sakan).
Kerana yg demikian itu adalah daripada kebaikan.

Berkata ibnu as-sobagh: adapun keluarga si mati menyediakan makanan, dan mengumpulkan orang ke atasnya, maka tidak diriwayatkan dlmnya sesuatu pun, ia adalah bid’ah yang tidak disukai.
( nota kaki: berdasarkan apa yang telah diriwayatkan drp jarir bin Abdullah berkata: “ kami mengirakan berkumpul kepada ahli mayat dan menyediakan makanan setelah dia dikuburkan adalah sebahgian daripada ratapan. Riwayat Ahmad,dan ibnu majah dengan sanad yang soheh atas syarat bukhari dan muslim. Disebutkan juga oleh ibnu kathir dalam (Irsyad al-Faqih).
Dan ini merupakan bid’ah yang terlarang, serta berkaitan pula dengan kemungkaran yang jelek, dan telah thabit dlm soheh ibnu hibban : “ setiap benda yang direka itu adalah bid’ah, dan setiap bid;ah itu adalah sesat.”
Disunatkan yang demikian itu (yakni menyediakan utk ahli mayat) di hari kematian sahaja, tidak diulang2 selama seminggu, dan dinamakan dengan nama seperti at-tanzilah.
Berkumpul kepada ahli mayat, dan ahli mayat menyediakan makanan, serta bermalam dengan mereka, semua itu adalah dari perbuatan jahiliyah. Demikian juga menyediakan makanan dalam masa seminggu, ataupun khamis pertama, atau di hari yang ke empat puluh, atau ketika isteri habis iddah, cukup setahun, dan di musim2 yang lain, semuanya itu akan memperbaharui kesedihan…)

(al-bayan fi mazhab al-imam as-syafi’I, syarah kitab al-muhazzab kamilan, wa al-fiqhu al-muqaran, karya Abu Husain Yahya bin abi al-khair salim al-imrani as-syafi’i, cetakan dar al-minhaj,kitab al-janaiz, bab at-ta’ziah wa al-buka ala maiyit, masalah it’am ashab al-mayyit.(kitab jenazah,bab takziah dan tangisan atas si mati, masalah memberi makan keluarga si mati) jilid3, ms126,127.)

Pengarang kitab fiqhu al-manhaji, ketika menerangkan tentang bid’ah bid’ah yang muncul dalam pengurusan jenazah menyebut di bawah bid’ah yang ke tujuh:

“ sibuknya keluarga si mati dengan penyediaan makanan dan menghimpunkan orang atas makanan itu, sepertimana yang telah pun menjadi kebiasaan orang di zaman ini, ia merupakan bid’ah yang bertentangan dengan sunnah, dan berlawanan dengan sunnah dengan pertentangan yang besar.

Adapun sunnah yang sebenarnya adalah bertentangan, iaitu orang ramai menyediakan makanan dan menghantarnya kepada keluarga si mati, ataupun mengumpulkan keluarga si mati untuk makan di rumah org yang menyediakan makanan untuk mereka. Yang demikian itu adalah berdasarkan hadis nabi, ketika mana datang berita kematian jaafar bin abi Talib r.a, baginda bersabda: “ buatkan untuk ahli jaafar makanan, sesungguhnya telah datang kpd mereka sesuatu yang membimbangkan mereka”-riwayat at-tirmizi,abu daud dan lain lainnya.

Dan diharamkan menyediakan makanan bagi mereka yang meratap, sama ada mereka dari kalngan keluarga si mati ataupun tidak, kerana yg demikian itu merupakan Bantu membantu ke arah maksiat dan mendorong kepada kekalnya dia di dalam keadaannya.

Dan antara bid’ah yang dibuat oleh keluarga si mati juga ialah mengumpulkan orang untuk makan sempena apa yang digelar berlalunya 40 hari dan sebagainya. Dan jika sekiranya belanja untuk makanan ini di ambil dari harta warisan dan menyebabkan kekurangannya, maka ia lebih lebih lagi diharamkan, kerana ia merupakan memakan harta anak yatim dan mengurangkannya bukan untuk maslahat nya. Dalam hal demikian,Kedua dua penjemput dan org yang makan adalah terjebak dengan perkara yang haram.”

(Fiqhu al-manhaji ala mazhab al-imam as-syafi’I, karya dr. Mustafa al-khin,Dr.Mustafa al-bugha, ali as-syarbaji, cetakan dar al-qalam dan dar as-syamiah,cetakan kelima 2003, bab tasyi’I al-janaiz, adabuha wa bid’uha- bab mengiringi jenazah, adab2nya dan bid’ah2nya, jilid1,ms 264)

Monday, April 28, 2008

Talqin- satu kajian ilmiyah

Muqaddimah

Segala puji bagi Allah, yang kita puji, Yang kepadaNya kita beristighfar, dan kita pohon pertolongan dariNya. Kita berlindung dengan Allah daripada kejahatan diri kita, serta keburukan amalan amalan kita, sesiapa yang telah diberi Hidayah oleh Allah, tiada kesesatan baginya, dan sesiapa yang telah diberi kesesatan oleh allah, maka tiada hidayah baginya.

Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, dan dan Muhammad itu adalah hambaNya dan RasulNya.

Ketahuilah, sebaik baik kalam itu adalah Firman Allah, dan sebaik baik petunjuk itu adalah petunjuk Muhammad s.a.w, dan seburuk buruk perkara ialah perkara yang diada adakan dalam agama, dan setiap yang diada adakan dalam agama itu adalah bid’ah, dan setiap bid’ah itu adalah kesesatan, dan setiap kesesatan itu nerakalah tempatnya.

Wahai Tuhan, Lapangkanlah dadaku, permudahkanlah urusanku, dan leraikanlah simpulan ikatan dari lidahku, agar mereka memahami kata kataku.

Maha suci Engkau, tiadalah ilmu pada kami melainkan yang Kau ajarkan pada kami, sesungguhnya Engkaulah Maha Mengetahui lagi maha Bijaksana.

Orang ramai memenuhi perkarangan kubur yang baru sahaja selesai ditambun tanahnya. Lalu orang pun mulalah membentang tikar di sisi kubur, lalu keluarga dan orang terdekat dengan si mati pun duduk di atas tikar yang dibentang di atas perkuburan itu. Sebilangan orang lain mencari tempat untuk duduk, dan sebilangan mereka menjadikan birai birai kubur sebagi tempat duduk. Lalu imam memulakan upacara membaca tahlil,seketika kemudian setelah selesai, dia mula membaca bacaan yang intipati utamanya seolah mengajar si mati tentang soalan soalan kubur dan jawapannya. Akhirnya setelah selesai, barulah orang ramai perlahan lahan bersurai.

Demikianlah gambaran ringkas apa yang berlaku dalam masyarakat tempatan apabila seseorang jenazah selesai dikebumikan. Percakapan, atau bacaan si imam, yang intipatinya menyebut soalan soalan kubur, dan jawapannya, kepada si mati, juga orang sekelilingnya-Inilah yang disebut talqin.

Sebagai seorang penuntut ilmu, apabila sesuatu amalan ibadah itu dilakukan, tentu sekali hati kita terus terdetik tentang pensyariatannya, atau dalil dalil yang menunjukkan bahawa ia memang satu ibadah. Apakan tidak, kaedah Usul Fiqh mengatakan, asal pada ibadah itu adalah larangan, kecuali apa yang datang dan thabit, atau diajar oleh junjungan mulia nabi s.a.w. lalu menjadi kewajipan kepada penuntut ilmu yang mampu mengkaji sumber sumber daripada al-Quran, as-sunnah serta kitab kitab karangan ulama, untuk mencari jawapan kepada soalan ini.

Oleh sebab itu Penulis berusaha semampu yang boleh, dengan menggunakan sumber sumber yang terhad yang ada di rumah penulis, untuk mengkaji dan meneliti tentang masalah talqin dan hukumnya. Dengan itu terhasil lah risalah ringkas ini.

Jika sekiranya ada kekurangan di dalam tulisan ini, segala kekurangan yang terkandung di dalamnya tentu dating dari kesilapan dan kelemahan penulis sebagi insane yang lemah. Penulis mengalu alukan sebarng komentar, lebih lebih lagi pembetulan terhadap apa yang penulis nukilkan ini.harapan penulis, semoga karya ini dapat membantu kita semua dalam mengembalikan ummat ini ke jalan yang sebenar, jalan lurus yang disuluhi caha al-Quran dan petunjuk as-sunnah.Walluhualam.


Talqin adalah disukai di sisi ulama mazhab syafi’i

Bila disebut tentang talqin, yakni talqin setelah jenazah dikuburkan,umum mengetahui ianya merupakan satu amalan yang dipraktikkan oleh masyarakat tempatan. Tidak seperti masalah kenduri arwah, di mana jika disemak kitab kitab fiqh pelbagai mazhab, didapati bahawa mereka bersepakat bahawa ia adalah bid’ah, sekurang kurangnya makruhah- dalam masalah talqin ini,didapati ulama ulama mazhab mempunyai pelbagai pendapat.

Ini disebutkan oleh Sayyid Sabiq di dalam kitabnya, Fiqh as-sunnah. Kata sayyid sabiq dalam menerangkan tentang hukum talqin setelah pengkebumian:

“ sebahagian ahli ilmu, dan as-syafi’I, menyukai agar ditalqinkan jenazah (dlm nota kaki: yakni yang telah mukallaf) setelah dikebumikan, berdasarkan apa yang diriwayatkan oleh Said bin mansur, dr Rashid bin Sa’ad, dan domrah bin habib, dan hakim bin Amir(mereka ini adalah tabi’in), mereka berkata: “ jika telah diratakan ke atas mayat kuburnya, dan orang mula bersurai darinya, adalah disukai agar dikatakan kpd jenazah di kuburnya: wahai fulan, katakanlah tiada Tuhan selain Allah, aku bersaksi bhw tiada Tuhan selain allah, tiga kali. Wahai fulan, katakanlah: Tuhanku Allah, agamaku Islam, dan nabiku Muhammad s.a.w, kemudian bersurai.” Sesungguhnya atsar ini disebutkan oleh al-Hafiz dalam at-talkhis, dan dia mendiamkan diri tentangnya...” kemudian sayyid sabiq menyebut sebuah lagi hadis tentang talqin yang diriwayatkan oleh Tabrani,dari Abi Umamah.(hadis ini akan penulis akan bentangkan kemudian insya Allah.)

(Sayyid Sabiq,Fiqh as-sunnah, komentar: Muhammad Sayyid Sabiq/pd kulit-muhammad nasiruddin al-albani, dar al-fath lil I’lam alarabi, cetakan kedua 1999/1419,kitab al-janaiz, hukmu at-talqin ba’da addafn-bab mentalqinkan jenazah setelah dikebumikan-,jilid 2,ms 73-74.)

Setelah rujukan dibuat atas beberapa kitab karya ulama syafi’iyah, ternyata tulisan sayyid sabiq adalah benar. Sebagai contoh, Imam Nawawi menyebut di dalam kitabnya, al-azkar:

“adapun mentalqinkan jenazah setelah dikuburkan, sesungguhnya sekumpulan besar dari ashab kami telah berkata bahawa ia disukai (istihbab)…”.

Kemudian beliau menyebut beberapa individu yang menukilkan perkara ini, antaranya al-qadi husain dlm ta’liqnya, Abu Saad al-mutawalli,Syeikh imam az-zahid Abu al-fath nasr bin ibrahim bin nasr al-muqaddisi, dan imam Abu al-qasim ar-rafi’i.

Kata imam nawawi lagi: “ al-qadi husain telah menaqalkan dari al-ashab. Adapun lafaznya,maka berkata sheikh nasr: apabila bersurai dari pengkebumiannya, dia berdiri di kepalanya dan berkata: wahai fulan bin fulan, sebutlah perjanjian yang telah kau keluarkan atasnya dari dunia: Kesaksian bahawa tiada Tuhan selain Allah, satu satunya ,tiada syirik baginya, dan sesungguhnya Muhammad itu hambaNya dan RasulNya,dan sesungguhnya kiamat itu pasti datang tidak ada keraguan padanya,dan sesungguhnya Allah akan membangkitkan sesiapa di dalam qubur.katakanlah: aku redha Allah sebagai tuhanku, Islam agamaku, Muhammad nabiku, kaabah kiblatku,quran imamku, org2 islam saudaraku,Tuhanku allah tiada Tuhan kecuali dia, dialah Tuhan Arasy yang Agung.”

“ inilah lafaz sheikh nasr al-muqaddisi dlm kitabnya at-tahzib, dan lafaz yang lainnya dengan yang sama, dan dalam lafaz sebahagian mereka ada kekurangan darinya, kemudian di antara mereka mengatakan: wahai hamba Allah bin Amah Allah, dan daripada mereka berkata:wahai hamba Allah bin Hawa..”

“ dan telah ditanya as-syeikh al-imam Abu Amru bin as-Solah r.h.m tentang talqin ini, maka dia telah berkata di dalam fatwanya: talqin adalah yang kami pilih dan beramal dengannya, dan ia telah disebut oleh sekumpulan dari ashab kami dari khurasan telah berkata: telah kami riwayatkan dlm hal ini daripada hadith abi umamah yang tidak kuat isnadnya, tetapi ia diperkuatkan oleh syahid syahid,dan amalan penduduk syam. Telah berkata: dan adapun talqin kanak kanak yang menyusu tiada baginya sandaran untuk dipegang, dan kami tidak berpendapat dengannya, Wallahu alam. Kata aku(nawawi): yang benar adalah tidak ditalqinkan budak kecil secara mutlak, sama ada ia menyusu atau lebih besar drpdanya, selagi mana dia tidak baligh dan jadi mukallaf. Wallahu A’lam.”

(al-imam An-nawawi, al-azkar al-muntakhibah min kalam sayyidi al-abrar,takhrij&ta’liq: Muhammad khalf yusuf, Dar at-tauzi’ wa an-nasyr al-islamiyah, cetakan pertama (1417/1997),kitab azkar almarad wa al-maut wa ma yata’aalaq bihima- kitab zakir berkaitan sakit,kematian dan apa yang berkaitan dengan keduanya,bab ma yaqulahu ba’da ad-dafn-bab apa yang dikatakan selepas pengkebumian,ms 155,156.)

Pendapat ini kemudiannya dikuatkan lagi oleh Qasim Muhammad an-Nauri, ketika mengkomentar kitab al-bayan karya al-imam al-imrani. Setelah menyebut perkataan al-imam an-nawawi di atas, beliau menambah:

“ adapun hadis Abi Umamah, ia telah dikeluarkan oleh at-tabrani dalam al-kabir(8/250) dan ad-Du’a (1214), dan isnadnya adalah sangat Dhaif.lafaznya: jika mati seseorang dari saudara2kamu semua, maka ratakan tanah di atas kuburnya…dan berdirilah salah seorang dari kamu di sisi kepala kuburnya, kemudian hendaklah dia berkata: “ wahai fulan bin fulanah, sesungguhnya dia mendengar, tetapi tidak menjawab. Kemudian katakan: wahai fulan bin fulanah, sesungguhnya ia sedang duduk. Dan katakana wahai fulan bin fulananh, maka sesungguhnya dia berkata: tunjukilah akau, Allah akan merahmatimu. Tetapi kamu semua tidak merasainya. Kemudian katakana: sebutlah sebutlah apa yang telah kau keluarkan atasnya dari dunia: Kesaksian bahawa tiada Tuhan selain Allah, dan sesungguhnya Muhammad itu hambaNya dan RasulNya. Dan sesungguhnya engkau redha Allah sebagai tuhanmu, Islam agamamu, Muhammad nabimu,quran imammu. Maka sesungguhnya munkar dan nakir mengambil setiap dari keduanya dengan tangan tuannya. Dan dia berkata: tinggalkanlah kami,kami tidak duduk di sisi orang yang ditalqinkah hujahnya, maka jadilah Allah azza wajalla hujahnya selain mereka berdua”. Maka berkata seorang lelaki: wahai rasulallah, jika tidak dikenali ibunya? Berkata: maka nasabkanlah dia kepada hawa alaihassalam. Wahai fulan bin hawwa’”. Telah berkata an-nawawi dalam al-majmu’: hadis ini walaupun dhaif maka perdengarkanlah dengannya.

“dan telah berkata an-nawawi lagi: ulama dan muhaddith bersetuju tentang bolehnya beramal dengan hadis fadail, dan galakan dan amaran, dan sesungguhnya telah dikuatkan hadis ini dengan syahid2 dari hadis lain, seperti hadis : “ pohonlah untuknya ketetapan”, wasiat amru bin al-as,yang kedua duanya soheh..”

(al-bayan fi mazhab al-imam as-syafi’I, syarah kitab al-muhazzab kamilan, wa al-fiqhu al-muqaran, karya Abu Husain Yahya bin abi al-khair salim al-imrani as-syafi’i, tahqiq dan komentar: Qasim Muhammad an-Nauri ,cetakan dar al-minhaj,kitab al-janaiz, bab at-ta’ziah wa al-buka ala maiyit, masalah it’am ashab al-mayyit.(kitab jenazah,bab takziah dan tangisan atas si mati, masalah memberi makan keluarga si mati), di dalam nota kaki, fasl fi talqin al-mayyit-fasal tentang mentalqinkan jenazah- jilid3, ms126,127.)

Daripada kenyataan di atas, maka kita mengetahui kalangan ulama syafi’iyah berpendapat bahawa talqin itu disukai(mustahab).

Amalan Tahlil di atas kuburan: dari mana asalnya?

Selain bertalqin, masyarakat tempatan juga bertahlil selepas pengebumian jenazah di atas kubur, sebelum talqin dibacakan. Amalan tahlil mengikut pengertian sebenarnya- iaitu zikir la ilaha illa Allah- merupakan sunnah, namun masyarakat melakukannya dalam bentuk berjemaah, di mana tiada riwayat mensabitkan yang nabi dan para sahabat bertahlil secara berjemaah,termasuk di atas kuburan.

Walaubagaimanapun Imam an-nawawi ada menyebut di dalam kitab al-azkar,mengenai bacaan bacaan yang dibaca selepas mayat dikebumikan:
“ … telah berkata as-Syafi’ie dan al-ashab, disukai agar dibaca di sisinya(mayat) sesuatu daripada al-quran, mereka berkata: jika dikhatamkan seluruh quran adalah lebih baik.

Dan kami meriwayatkan dalam sunan al-baihaqi,dengan isnad yang hasan, bahawa ibnu umar menyukai agar dibaca awal surah al-baqarah dan akhirnya di atas qubur selepas mayat dikebumikan.”

(al-imam An-nawawi, al-azkar al-muntakhibah min kalam sayyidi al-abrar,takhrij&ta’liq: Muhammad khalf yusuf, Dar at-tauzi’ wa an-nasyr al-islamiyah, cetakan pertama (1417/1997),kitab azkar almarad wa al-maut wa ma yata’aalaq bihima- kitab zakir berkaitan sakit,kematian dan apa yang berkaitan dengan keduanya,bab ma yaqulahu ba’da ad-dafn-bab apa yang dikatakan selepas pengkebumian,ms 155.)

Permulaan bacaan tahlil merupakan ayat ayat al-Quran, termasuk permulaan dan akhir surah al-baqarah. Jadi pada pendapat penulis, ada kemungkinan sebahagian bacaan amalan tahlil disadur atau diambil dari pendapat ini.

Namun di sana terdapat keraguan, adakah amalan membaca ayat ayat Quran di sisi kubur selepas pengkebumian itu benar benar datang dari al-Imam as-syafi’i. keraguan ini dinyatakan oleh sheikh Muhammad Nasiruddin al-Albani, ketika beliau mengkomentar apa yang didakwa oleh imam an-Nawawi sebagai kalam as-syafii, di dalam riadus salihin: “berkata as-syafi’I rhm: dan disukai agar dibaca di sisinya sesuatu daripada al-Quran, dan sekiranya dikhatamkan mereka al-Quran itu adalah lebih baik”.

Kata al-Albani: “ aku katakan: aku tidak tahu di mana(yakni di dalam kitab mana-penulis) imam as-syafii rhm berkata demikian. Dan dalam mensabitkannya daripadanya keraguan yang besar di sisiku, bagaimana tidak, sedangkan mazhabnya bacaan al-quran itu tidak sampai jika dihadiahkan pahalanya kepada si mati, sebagaimana yang diriwayatkan daripadanya al-Hafiz Ibnu Kathir di dalam mentafsirkan firman Allah Ta’ala: “dan tiadalah bagi insane itu melainkan apa yang mereka usahakan”[an-najm,39], dan sesungguhnya syeikhul Islam Ibnu Taimiyah telah mengisyaratkan tentang yang demikian itu tidak thabit daripada imam as-syafi’I, seperti katanya di dalam (al-Iqtido’): “ tidak diambil dari as-syafi’I sendiri dalam masalah ini,demikian itu keranana ianya adalah bid’ah di sisinya. Dan berkata Malik: aku tidak pernah tahu seseorangpun membuat yang demikian, maka ketahuilah bahawa sahabat dan tabi’in tidak pernah berbuat demikian.

Aku katakan: demikian juga mazhab Ahmad: bahawa tiada bacaan al-Quran di atas kubur. Sepertimana yang kusebut dalam kitabku (Ahkam al-janaiz-192-193). Ianya merupakan kesudahan pendapat Ibnu Taimiyah rhm seperti yang telah aku komentarkan di dalam kitab yang telah disebutkan (173-176).”

(rujuk notakaki di dalam: imam an-nawawi,Riadus Salihin min kalam sayyidi al-mursalin,tahqiq:Muhammad Nasiruddin al-albani, al-maktab al-islami,cetakan pertama dengan susunan yang baru,1996/1416, Kitab iyadatu al-marid wa tashyi’ al-mayyit wa as-solah alaihi wa hudur dafnahi wa al-makathu inda qobrihi ba’da dafnihi, bab ad-dua lilmayyit ba’da dafnihi wa al qu’ud inda qabrihi sa’ah ad-du’a lahu wa al-istighfar wa al-qiraah, ms370)

Komentar al-Albani ini wajar kita diteliti. Apakah mungkin, seorang yang mengatakan bacaan al-quran itu tidak sampai pahalanya kepada si mati, bahkan menurut ibnu Taimiyah dianggap bid’ah menurut as-syafi’I, menyukai dibacakan al-quran itu di sisi kuburnya setelah dikebumikan? Tambahan pula, sebagaimana kata imam Malik,ianya bukanlah amalan para sahabat dan tabi’in.

Duduk di atas kubur : antara Haram, Makruh dan Harus

Membicarakan tentang hukum talqin tidak berhenti setakat mengetahui ianya disukai oleh kalangan ulama mazhab syafi’I,lalu ia boleh terus diamalkan. Umumnya masyarakat tempatan apabila mereka melakukan amalan talqin dan tahlil di kubur, mereka membentang tikar dan duduk di atas tanah perkuburan, di sisi,atau hadapan kubur yang baru sahaja ditimbus semula. Ada pula yang duduk langsung di atas birai birai kubur, dengan alasan ini birainya,ini tepinya, hadapannya, bukan kuburnya. Apa apa pun mari kita lihat apa hukum duduk di atas kubur.

Sayyid Sabiq (Fiqhu sunnah)
Di dalam Fiqh sunnah, Sayyid sabiq menyebut sebuah hadis yang diriwayatkan oleh imam Ahmad, yang menurut Sayyid Sabiq dengan sanad yang soheh.

Drp Amru bin Hazm, berkata: Rasulullah s.a.w telah melihat aku bersandar di atas kubur, lalu baginda bersabda: jangan menghina ahli kubur itu, atau jangan menghinanya”.

Drp abi Hurairah, berkata, telah bersabda rasulullah s.a.w: “ sekiranya salah seorang daripada kamu duduk di atas bara api, maka terbakar bajunya, dan merebak ke kulitnya, adalah lebih baik baginya daripada dia duduk atas kubur”.hadis riwayat imam Muslim,Ibnu Majah,Abu Daud,Nasai dan ahmad.

Kemudian disebut tafsiran hukum para ulama terhadap hadis ini. Ibnu Hazm berpendapat bahawa larangan ini adalah menunjukkan haram, kerana di dalamnya terdapat ancaman. Dia berkata: ianya merupakan pendapat sekumpulan salaf, antaranya Abu Hurairah yang meriwayatkan hadis itu sendiri.

Menurut Jumhur, ianya makruh. Berkata an-Nawawi, disebut syafii dlm al-umm, dan jumhur ashab dalam jalan2 semuanya, bahawasanya duduk itu dimakruhkan. Dan makruh yang dimaksudkan ialah makruh tanzih. Antara mereka yang memilih pendapat ini termasuklah an-nakhaie, al-laith,imam Ahmad dan imam Daud. Demikian juga hukum bersandar kepada kubur.

Manakala Ibnu Umar,imam Abu Hanifah dan imam Malik berpendapat harus duduk di atas kubur. Imam malik menyebut di dalm muwatta bahawa duduk yang dilarang itu adalah duduk untuk membuang air.kemudian beliau mendatangkan saebuah hadis, tetapi daif. Walaubagaimanapun takwilan ini telah ditolak oleh imam Ahmad, an-nawawi dan ibnu hazm.

Walaubagaimanapun, ulama bersepakat bahawa haram duduk di atas kubur dengan tujuan untuk buang air.

(Sayyid Sabiq,Fiqh as-sunnah, komentar: Muhammad Sayyid Sabiq/pd kulit-muhammad nasiruddin al-albani, dar al-fath lil I’lam alarabi, cetakan kedua 1999/1419,kitab al-janaiz, bab an-nahyi an al julus ala al qabr wa al-istinad ilaihi wa al-masyi alaihi-bab larangan duduk di atas kubur, bersandar kpdnya dan berjalan di atsnya,jilid 2,ms 80,81.)

Imam as-Son’ani (Subulussalam)
Walaubagaimanapun, terdapat sedikit perbezaan dalam hal ini, di antara apa yang disebut oleh sayyid sabiq di dalam fiqh sunnah, dengan apa yang dinyatakan oleh as-son’ani di dalam subulussalam. Menurut beliau pendapat yang dipilih jumhur di dalam hal ini adalah haram.

Di dalam subulussalam, setelah mendatangkan hadis :

Dan daripada Muslim, drpdnya(yakni Jabir) r.a, rasulullah s.a.w telah menegah dari mengapuri kubur, dan dari duduk di atasnya, dan dibina binaan atasnya”.

As-Son’aani menyebut:
“.hadis ini dalil ke atas pengharaman tiga perkara yang disebutkan kerana ianya (yakni haram) adalah hukum asal bagi tegahan, dan Jumhur telah memilih bahawa membina binaaan di atas kubur mengapuri kubur adalah makruh tanzih,manakala duduk (yakni di atasnya) adalah haram, iaitu menggabungkan di antara hakikat dan kiasan…”

(as-Son’aani, Subulussalam syarh bulughul maram,takhrij dan komentar:syeikh khalid Abdurrahman al-Ak, Beirut:dar sodir,cetakan pertama 1998, Kitab al-janaiz,di bawah tajuk-an-nahyu an tajsis al-qabr wa al-qu’ud alaih-larangan mengapuri kubur dan duduk di atasnya-jilid2,ms241)

Imam al-Marbawi (Bahru al-Mazi)
Bagi melihat apakah pandangan sebenar mazhab syafii dalam bab ini, kita akan menelitinya di dalam kitab karangan ulama ulama syafi’iyah sendiri. imam al-marbawi, seorang ulama mazhab syafi’I yang terkenal di nusantara ini, di dalam kitabnya bahrul mazi, menyebutkan bahawa mazhab syafi’I juga sependapat dengan pendapat yang disebut as-Son’ani sebagai pendapat jumhur.

Di dalam bab -apa yang didatangkan tentang tegahan memijak atas kubur,duduk di atasnya dan solat berhadap kepadanya, imam al-marbawi mendatangkan satu hadis:

Drp Abi Marthad al-Ghanawi berkata, nabi s.a.w telah bersabda: “ janganlah duduk di atas kubur dan jangan sembahyang kepadanya.” Kata abu Isa at-tirmizi, dan pada bab ini ada riwayat daripada Abi Hurairah, amru bin Hazm dan Basyir bin Khasasiah.

Kemudian imam al-marbawi menyebut:
“masalah: duduk di atas kubur dan bersandar kepadanya apa hukumnya? (Kata Nawawi) rhm-telah berkata ashab kita duduk di atas kubur itu haram, begitu juga bersandar dan bertalkin di atasnya. Kerana soreh(jelas) hadis yang di atas tadi menegahnya, dan juga beberapa hadis yang seperti itu tersebut dalam Muslim.”.

(imam al-marbawi, Bahrul mazi, syarah sahih at-tirmizi, Abwabul janaiz, bab -apa yang didatangkan tentang tegahan memijak atas kubur,duduk di atasnya dan solat berhadap kepadanya, jilid 7, ms 202)


Namun demikian, tulisan imam al-marbawi ini tidak menafikan apa yang disebut oleh sayyid sabiq. Ini kerana, di dalam bab yang lain, imam al-marbawi, setelah menyebutkan kata kata imam an-nawawi dalam syarah muslim,iaitu haram duduk di atas kubur,beliau menyatakan:

“…Dan telah berkata pendapat dalam syarah al-muhazzab begini: telah muafakat nas nas syafi’I dan al-ashab atas tegah duduk atas kubur, tetapi ibarah syafi’I di dalam al-umm dan jumhur al-ashab pada jalan jalannya sekalian mengatakan makruh, dan dikehendaki mereka itu dengan dia ialah karahah tanzih sebagaimana masyhurnya pada isti’mal fuqaha. Dan telah mensoreh dengan dia oleh kebanyakan mereka itu. Dan telah berkata sohib al-muhazzab dan al-muhamili di dalam al-muqni’ tiada harus ia. Maka ditanggungkan maksud kedua beliau itu akan haram sebagaimana dikehendaki oleh kedua beliau itu akan karahah tanzih.”

Hukum makruh ini kemudiannya disebutkan sekali lagi, di dalam masalah duduk di atas kubur dan bertalkin di atasnya.

“… (kata nawawi) rhm di dalam syarah al-muhazzab- ini satu cawangan,telah aku sebutkan pada mazhab kita duduk di atas kubur dan bertalkin dan bersandar kepadanya itu makruh. Maka dengan dia telah berkata jumhur ulama, setengah daripada mereka itu an-nakhaie,al-laith,Abu Hanifah,Ahmad dan Daud, dan kata Malik tiada makruh.”

(Imam al-marbawi, Bahrul mazi, syarah sahih at-tirmizi, Abwabul janaiz, bab -apa yang didatangkan tentang tegahan menimbuk dengan kapur atas kubur dan menyurat atasnya, jilid 7, ms 204,205).

Setelah meneliti kenyataan kenyataan ini, penulis berpendapat di dalam mazhab syaf’I terdapat beberapa pendapat di dalam hal ini.

secara peribadinya imam nawawi kelihatan berpegang pada zahir hadis tersebut, yang secara jelas, seperti kata as-son’ani, menunjukkan hukum haram. Ini dapat dilihat di dalam kenyataannya di dalam sahih Muslim dan lain lain tempat, sebagaimana yang telah dinukilkan oleh imam al-marbawi.

Manakala imam as-syafi’I di dalam al-umm, dan ulama ulama syafi’iyah, berpendapat bahwa hukumnya adalah makruh karahah tanzih, sepertimana yang dinyatakan oleh imam an-nawawi di dalam syarah al-muhazzab.


Hukum Duduk di kuburan untuk memberi nasihat

Pendapat Imam al-Bukhari (seperti yang dinukilkan oleh Ibnu Hajar dalam Fath al-Bari)
Imam Bukhari di dalam kitabnya Soheh al-bukhari menyebut tentang satu Bab yang berbunyi- Bab seseorang memberi peringatan di sisi kubur dan sahabat sahabatnya duduk di sekelilingnya. Di dalam bab ini, imam bukhari telah mendatangkan sebuah hadis daripada Ali r.a, yang mengatakan bahawa ketika dia dan para sahabat berada di Baqi’ al-gharqad, nabi s.a.w telah datang kepada mereka lalu duduk, dan mereka pun duduk di sekeliling nabi s.a.w, dan bersama nabi tongkat, maka baginda menyongsangkannya, dan menggariskan tanah dengan tongkatnya, kemudian nabi bersabda: tidak ada seorang daripada kamu, dan tidak ada seseorang dari individu, melainkan telah dituliskan tempatnya di syurga atau di neraka, melainkan telah ditulis celaka atau bahagia. Maka berkata seorang lelaki: wahai rasulallah, adakah kami perlu bertawakkal atas apa yang dituliskan dan meninggalkan amalan?.maka barangsiapa dari kalangan kami adalah ahli kebahagiaan, maka dia akan dibawa kepada amalan ahli kebahagiaan,dan barangsiapa dari kalangan kami adalah ahli kecelakaan, maka dia akan dibawa kepada amalan ahli kecelakaan. Nabi bersabda: adapun ahli kebahagiaan, maka mereka akan dipermudahkan untuk beramal, adapun ahli kecelakaan, mereka dipermudahkan untuk membuat kecelakaan,kemudia nabi membaca ayat : (( maka adapapun orang yang memberi dan bertaqwa))-al-lail5.

Imam Ibnu Hajar al-Asqalani,ketika mensyarahkan tajuk bab ini mengatakan:
“seolah olah beliau mengisyaratkan kepada perincian di antara keadaan keadaan duduk(yakni duduk di atas kuburan-penulis), jika sekiranya untuk maslahat yang berkaitan dengan kehidupan ataupun kematian, ianya tidak ditegah, dan tegahan yang diriwayatkan tentang demikian ialah di dalam keadaan yang berlawanan”.

(Ibnu Hajar al-asqalani, Fathul bari syarah sahih bukhari,kitab al-janaiz, tahqiq: Syaikh Abd Aziz bin Baz,Muhammad fuad abd al-baqi, maktabah misr,cetakan pertama 2001/1421, bab mau’izatul muhaddis inda al-qabr wa qu’udi ashabihi haulahu- Bab seseorang memberi peringatan di sisi kubur dan sahabat sahabatnya duduk di sekelilingnya,hadis no 1462, jilid 3,ms325,326)

Antara yang dapat kita fahami dari kalam ibnu hajar ini ialah, duduk di atas kuburan itu hukumnya terdapat perincian. Jika sekiranya tujuan duduk itu untuk memberi nasihat, tentang kehidupan dan kematian, maka ia tidak termasuk dalam hal yang ditegah.

Pendapat al-imam an-nawawi
Dalam kitabnya riadus salihin,Imam an-Nawawi telah mengumpulkan beberapa hadis di bawah tajuk- bab doa untuk mayat selepas dikebumikan,dan duduk di sisi kubur seketika untuk berdoa dan meminta keampunan, dan membaca Al-Quran. Dalam bab ini imam an-nawawi telah menghimpunkan dua hadis:

Drp Uthman bin Affan r.a berkata: adalah nabi s.a.w apabila selesai pengkebumian jenazah, baginda berdiri atasnya,dan bersabda: “mintalah keampunan untuk saudaramu, dan pohonlah baginya ketetapan,sesungguhnya sekarang dia sedang disoal”.

Drp Amru bin al-As r.a,berkata: “jika kamu semua mengebumikan aku, maka bangunlah di sekeliling kubur waktu sekadar menyembelih seekor binatang sembelihan,dan membahagikan dagingnya,mudah mudahan hatiku tenang dengan kamu semua. Dan ajarlah apa yang akan kubalas kepada utusan tuhanku(Malaikat).”

Berdasarkan tajuk bab, boleh kita katakan, yang imam an-nawawi kemungkinan bersependapat dengan al-bukhari dalam hal ini.

Syaikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin

Sheikh Muhammad mempunyai pendapatnya yang tersendiri di dalam hal ini, di dalam syarah riadus salihin, beliau menyatakan:

“maka apabila seseorang datang ke perkuburan dan orang ramai duduk berkumpul di sekelilingnya, adalah baik baginya memberikan peringatan dengan apa yang sesuai, sepertimana hadis ini atau hadis Abdur rahman bin Murrah (kemudian beliau menyebut hadis tersebut yang insya Allah kita kan bincangkan kemudian-penulis)…inilah dia memberi peringatan di kubur.”

Dalam pada itu, beliau menafikan pensyariatan amalan duduk di sisi qubur untuk bertalqin,kata beliau:
“…nabi s.a.w tidak pernah berdiri atau duduk di sisi kubur selepas pengkebumian sekadar waktu menyembelih sembelihan dan membahagikan dagingnya, dan baginda tidak memerintahkan para sahabat dengan yang demikian…”

(Sheikh Muhammad bin Soleh Uthaimin, Syarah Riadus Salihin min kalam sayyidi al-mursalin, Dar al-Mannar, kaherah,cetakan pertama 2003/1423, Kitab iyadatu al-marid wa tashyi’ al-mayyit wa as-solah alaihi wa hudur dafnahi wa al-makathu inda qobrihi ba’da dafnihi,bab al-mau’izah inda al-qabr dan bab ad-dua lilmayyit ba’da dafnihi wa al qu’ud inda qabrihi sa’ah ad-du’a lahu wa al-istighfar wa al-qiraah,161,jilid3, ms80,81)


Hadis hadis yang digunakan sebagai hujah dalam bab talqin, dan statusnya

1. Hadis Abi Umamah

Daripada Abi Umamah: jika aku mati maka buatlah kepadaku sebagaimana yang diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w ke atas kematian kami. Rasulullah telah memerintahkan kami,maka baginda bersabda:
“ jika mati seseorang dari saudara2kamu semua, maka ratakan tanah di atas kuburnya…dan berdirilah salah seorang dari kamu di sisi kepala kuburnya, kemudian hendaklah dia berkata: “ wahai fulan bin fulanah, sesungguhnya dia mendengar, tetapi tidak menjawab. Kemudian katakan: wahai fulan bin fulanah, sesungguhnya ia sedang duduk. Dan katakana wahai fulan bin fulananh, maka sesungguhnya dia berkata: tunjukilah akau, Allah akan merahmatimu. Tetapi kamu semua tidak merasainya. Kemudian katakana: sebutlah sebutlah apa yang telah kau keluarkan atasnya dari dunia: Kesaksian bahawa tiada Tuhan selain Allah, dan sesungguhnya Muhammad itu hambaNya dan RasulNya. Dan sesungguhnya engkau redha Allah sebagai tuhanmu, Islam agamamu, Muhammad nabimu,quran imammu. Maka sesungguhnya munkar dan nakir mengambil setiap dari keduanya dengan tangan tuannya. Dan dia berkata: tinggalkanlah kami,kami tidak duduk di sisi orang yang ditalqinkah hujahnya, maka jadilah Allah azza wajalla hujahnya selain mereka berdua”. Maka berkata seorang lelaki: wahai rasulallah, jika tidak dikenali ibunya? Berkata: maka nasabkanlah dia kepada hawa alaihassalam. Wahai fulan bin hawwa’”.
- dikeluarkan oleh at-tabrani dalam al-kabir(8/250) dan ad-Du’a (1214).
(lihat al-bayan, kitab al-janaiz, bab at-ta’ziah wa al-buka ala maiyit, masalah it’am ashab al-mayyit.(kitab jenazah,bab takziah dan tangisan atas si mati, masalah memberi makan keluarga si mati), di dalam nota kaki, fasl fi talqin al-mayyit-fasal tentang mentalqinkan jenazah,jilid 3,ms127
Dan Subulussalam, syarh bulughul maram,takhrij dan komentar:syeikh khalid Abdurrahman al-Ak,Kitab al-janaiz,di bawah tajuk-ad-dua lilmayyit bittathbit-doa untuk mayat agar diberi ketetapan,jilid2,ms244)


Pendapat an-nawawi
Berkata an-nawawi dalam al-majmu’: hadis ini walaupun dhaif maka perdengarkanlah dengannya.

katanya lagi: ulama dan muhaddith bersetuju tentang bolehnya beramal dengan hadis fadail, dan galakan dan amaran, dan sesungguhnya telah dikuatkan hadis ini dengan syahid2 dari hadis lain, seperti hadis : “ pohonlah untuknya ketetapan”, wasiat amru bin al-as,yang kedua duanya soheh..”

(al-bayan fi mazhab al-imam as-syafi’I, syarah kitab al-muhazzab kamilan, wa al-fiqhu al-muqaran, kitab al-janaiz, bab at-ta’ziah wa al-buka ala maiyit, masalah it’am ashab al-mayyit.(kitab jenazah,bab takziah dan tangisan atas si mati, masalah memberi makan keluarga si mati), di dalam nota kaki, fasl fi talqin al-mayyit-fasal tentang mentalqinkan jenazah- jilid3,127.)

as-syeikh al-imam Abu Amru bin as-Solah r.h.m
“…telah kami riwayatkan dlm hal ini daripada hadith abi umamah yang tidak kuat isnadnya, tetapi ia diperkuatkan oleh syahid syahid, dan amalan penduduk syam…”

(al-imam An-nawawi, al-azkar al-muntakhibah min kalam sayyidi al-abrar, kitab azkar almarad wa al-maut wa ma yata’aalaq bihima- kitab zakir berkaitan sakit,kematian dan apa yang berkaitan dengan keduanya,bab ma yaqulahu ba’da ad-dafn-bab apa yang dikatakan selepas pengkebumian,ms156.)

Ibnu Hajar
Berkata as-son’ani: menurut pengarang (yakni pengarang bulughul maram,ibnu hajar) : Isnadnya soleh,sesungguhnya ia telah dikuatkan juga dalam al-ahkam karanagnnya.

(Subulussalam, syarh bulughul maram,takhrij dan komentar:syeikh khalid Abdurrahman al-Ak,Kitab al-janaiz,di bawah tajuk-ad-dua lilmayyit bittathbit-doa untuk mayat agar diberi ketetapan, jilid2,ms244)

Berkata al-Hafiz dalam (at-talkhis): isnadnya soleh, dan sesungguhnya telah dikuatkan oleh ad-diya’ dalam ((ahkam)).

(Fiqhu sunnah, tahqiq:Muhammad sayyid sabiq,kitab janaiz, bab hukm at-talqin ba’d ad-dafan-hukum talqin selepas pengkebumian, jilid 2,ms.74)

Nukilan Sayyid Sabiq dalam Fiqhu sunnah
Di dalam sanadnya a’sim bin Abdullah, iaitu seorang yang lemah (Doif).

(Fiqhu sunnah, tahqiq:Muhammad sayyid sabiq,kitab janaiz, bab hukm at-talqin ba’d ad-dafan-hukum talqin selepas pengkebumian, jilid 2,ms.74)

Nukilan As-Son’ani dalam Subulussalam menegenai pendapat ulama mengenai hadis ini

al-haithami
As-son’ani menyebut dalam subulussalam,selepas menyatakan hadis ini:
berkata al-haithami: “ dikeluarkan oleh at-Tabrani dalam al-kabiir, dan dlm isnadnya satu kumpulan yang aku tidak kenali. Dalam nota kakinya: “di dalamnya Abdullah, doif”.

Al-Mannar
As-son’ani menyebut lagi mengenai hadis ini di dalam subulussalam, satu kenyataan dari dalam al-mannar:
“ sesungguhnya hadis talqin ini tidak syak lagi di kalangan ahli hadis tentang masalahnya, ia dikeluarkan oleh Said bin mansur dalam sunannya daripada hamzah bin Habib daripada syeikh syeikhnya dari ahli hams, maka masalah hamsiyah.


Ibnu Qayyim al-jauziyah
“ …dan ibnu qayyim mendakwa di dalam al-hadyu sebagaimana kalam al-mannar. Adapun di dalam kitab ar-ruuh, beliau menjadikan hadis talqin daripada dalil dalil mayat mendengar percakapan orang yang hidup, dan menjadikan hadis talqin hujah bagi penyambung amal tanpa mengingkari secara mutlak untuk beramal dengannya, dan dia tidak menghukumnya dengan soheh,bahkan disebut dalam kitab ar-ruh bahawa ia hadis dhaif…”


Akhirnya as-sonaani mengatakan:
“…dan hasil daripada kalam para imam tahqiq,sesungguhnya ianya hadis dhaif…”

(Subulussalam, syarh bulughul maram,takhrij dan komentar:syeikh khalid Abdurrahman al-Ak,Kitab al-janaiz,di bawah tajuk-ad-dua lilmayyit bittathbit-doa untuk mayat agar diberi ketetapan, jilid2,ms244,245)

Qasim Muhammad an-Nauri, komentar dalam al-bayan
Sebelum menyebut lafaz hadis ini di dalam komentarnya kepada kitab al-bayan, beliau berkata: isnadnya adalah sangat Dhaif.

(al-bayan fi mazhab al-imam as-syafi’I, syarah kitab al-muhazzab kamilan, wa al-fiqhu al-muqaran, kitab al-janaiz, bab at-ta’ziah wa al-buka ala maiyit, masalah it’am ashab al-mayyit.(kitab jenazah,bab takziah dan tangisan atas si mati, masalah memberi makan keluarga si mati), di dalam nota kaki, fasl fi talqin al-mayyit-fasal tentang mentalqinkan jenazah- jilid3,126.)

2. Hadis Ali r.a

Daripada Ali r.a, yang mengatakan bahawa ketika dia dan para sahabat berada di Baqi’ al-gharqad, nabi s.a.w telah datang kepada mereka lalu duduk, dan mereka pun duduk di sekeliling nabi s.a.w, dan bersama nabi tongkat, maka baginda menyongsangkannya, dan menggariskan tanah dengan tongkatnya, kemudian nabi bersabda: tidak ada seorang daripada kamu, dan tidak ada seseorang dari individu, melainkan telah dituliskan tempatnya di syurga atau di neraka, melainkan telah ditulis celaka atau bahagia. Maka berkata seorang lelaki: wahai rasulallah, adakah kami perlu bertawakkal atas apa yang dituliskan dan meninggalkan amalan?.maka barangsiapa dari kalangan kami adalah ahli kebahagiaan, maka dia akan dibawa kepada amalan ahli kebahagiaan,dan barangsiapa dari kalangan kami adalah ahli kecelakaan, maka dia akan dibawa kepada amalan ahli kecelakaan. Nabi bersabda: adapun ahli kebahagiaan, maka mereka akan dipermudahkan untuk beramal, adapun ahli kecelakaan, mereka dipermudahkan untuk membuat kecelakaan,kemudia nabi membaca ayat : (( maka adapapun orang yang memberi dan bertaqwa))-al-lail5.

(Ibnu Hajar al-asqalani, Fathul bari syarah sahih bukhari,kitab al-janaiz, tahqiq: Syaikh Abd Aziz bin Baz,Muhammad fuad abd al-baqi, maktabah misr,cetakan pertama 2001/1421, bab mau’izatul muhaddis inda al-qabr wa qu’udi ashabihi haulahu- Bab seseorang memberi peringatan di sisi kubur dan sahabat sahabatnya duduk di sekelilingnya,hadis no 1462, jilid 3,ms325,326)

Hadis Ali r.a diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari di dalam sahihnya, maka tidak ada pertikaian tentang statusnya.kepelbagaian pendapat hanya berlaku dalam mentafsirkan makna hadis ini.

Hadis ini, dan beberapa hadis lain yang serupa, atau hampir serupa dengannya, mempunyai lafaz yang menerangkan bahawa nabi duduk di atas kubur, kemudian sahabat sahabat duduk di sekelilingnya untuk mendengar peringatan baginda. Ia menjadi hujah kepada mereka yang mengharuskan duduk di atas kuburan untuk memberi peringatan,antaranya al-imam al-bukhari seperti yang telah kita bincangkan di dalam tajuk Hukum duduk di sisi kubur untuk memberi peringatan. Ia juga kemudiannya menjadi hujah yang sekurang kurangnya mengharuskan perbuatan talqin, yang turut ditafsirkan sebagai memberi peringatan di sisi kubur,walaupun terdapat perbezaan.

Sheikh Muhammad bin soleh Uthaimin
Di dalam syarah Riadus salihin, ketika mensyarahkan hadis yang juga diriwayatkan daripada Ali r.a, dengan lafaznya yang sedikit berbeza dari hadis ini, beliau telah menyebut perbezaan di antara peringatan ketika di kubur dan talqin. Beliau turut membawa satu lagi Hadis daripada Abdur Rahman bin Murrah, yang menyebut bahawa nabi dan sahabat duduk dalam majlis memberi peringatan di kubur sebelum selesai proses penggalian kubur, bagi memperkuatkan pendapatnya. Perkara ini insya Allah akan kita bincangkan di dalam bab yang ke hadapan.

(Sheikh Muhammad bin Soleh Uthaimin, Syarah Riadus Salihin min kalam sayyidi al-mursalin, Dar al-Mannar, kaherah,cetakan pertama 2003/1423, Kitab iyadatu al-marid wa tashyi’ al-mayyit wa as-solah alaihi wa hudur dafnahi wa al-makathu inda qobrihi ba’da dafnihi,bab al-mau’izah inda al-qabr,161,jilid3, ms80,81)


3. Hadis Uthman dan Athar Amru bin al-As

Drp Uthman bin Affan r.a berkata: adalah nabi s.a.w apabila selesai pengkebumian jenazah, baginda berdiri atasnya,dan bersabda: “mintalah keampunan untuk saudaramu, dan pohonlah baginya ketetapan,sesungguhnya sekarang dia sedang disoal”.(riwayat Abu Daud)

Drp Amru bin al-As r.a,berkata: “jika kamu semua mengebumikan aku, maka bangunlah di sekeliling kubur waktu sekadar menyembelih seekor binatang sembelihan,dan membahagikan dagingnya,sehingga hati aku tenang dengan kalian, dan lihatlah apa yang didatangkan dengannya utusan Tuhanku(malaikat)”. Riwayat Muslim. (Riwayat ini secara penuhnya panjang, disebutkan secara lengkap oleh imam nawawi di dalam riadus salihin, dalam bab istihbab at-tabshir wa at-tahniah bilkhair- bab disukai memberi khabar gembira dan tahniah kerana kebaikan.)

Kedua dua riwayat ini adalah sahih, dan ia telah menjadi syahid atau penguat hujah bagi mereka yang menggunakan hadis Abi Umamah yang lemah, sebagi hujah dalam mengatakan talqin itu adalah disukai.

Al-imam an-nawawi
Qasim Muhammad an-Nauri telah menukilkan kalam an-nawawi mengenai kedua dua hadis ini, ketika beliau mengkomentar kitab al-bayan:

“ ulama dan muhaddith bersetuju tentang bolehnya beramal dengan hadis fadail, dan galakan dan amaran, dan sesungguhnya telah dikuatkan hadis ini dengan syahid2 dari hadis lain, seperti hadis : “ pohonlah untuknya ketetapan”, wasiat amru bin al-as,yang kedua duanya soheh..”

(al-bayan fi mazhab al-imam as-syafi’I, Abu Husain Yahya bin abi al-khair salim al-imrani as-syafi’i, tahqiq dan komentar: Qasim Muhammad an-Nauri ,cetakan dar al-minhaj,kitab al-janaiz, bab at-ta’ziah wa al-buka ala maiyit, masalah it’am ashab al-mayyit.(kitab jenazah,bab takziah dan tangisan atas si mati, masalah memberi makan keluarga si mati), di dalam nota kaki, fasl fi talqin al-mayyit-fasal tentang mentalqinkan jenazah- jilid3,ms127.)

As-Son’aani di dalam Subulussalam
Ketika mengulas tindakan sebahagian ahli ilmu yang menjadikan dua riwayat ini sebagai penguat/syahid bagi hadis Abi Umamah, beliau menyebut:

“ adapun menjadikan hadis : pohonlah baginya ketetapan, sesungguhnya sekarang dia sedang ditanya-sebagai syahid(penguat) baginya, maka ia bukan syahid di dalamnya. Demikian juga perintah Amru bin al-As agar berdiri di sisi kubur sekadar waktu disembelih sembelihan supaya dia tenang hati dengan mereka ketika datangnya utusan Tuhannya, tiada syahid di dalamnya ke atas talqin…”

(Subulussalam, syarh bulughul maram,takhrij dan komentar:syeikh khalid Abdurrahman al-Ak,Kitab al-janaiz,di bawah tajuk-ad-dua lilmayyit bittathbit-doa untuk mayat agar diberi ketetapan, jilid2,ms244)

Sheikh Muhammad Soleh Uthaimin dalam Syarah Riadus Salihin
Ketika mensyarahkan kedua dua riwayat ini, beliau menyebut:

“ adapun apa yang disebutnya-rhm- daripada Amru bin As r.a, bahawa beliau memerintahkan keluarganya agar berdiri di sisinya setelah dia dikebumikan sekadar disembelih seekor sembelihan, dia berkata: mudah mudahan aku ditenangkan dengan kalian dan lihatlah apa yang didatangkan dengannya utusan Tuhanku(malaikat). Maka ini adalah ijtihad daripadanya r.a, tetapi ijtihad yang kita tidak bersetuju dengannya, kerana petunjuk nabi adalah lebih sempurna drp petunjuk org lain, dan nabi s.a.w tidak pernah berdiri atau duduk di sisi kubur selepas pengkebumian sekadar waktu menyembelih sembelihan dan membahagikan dagingnya, dan baginda tidak memerintahkan para sahabat dengan yang demikian…”

(Sheikh Muhammad bin Soleh Uthaimin, Sarah Riadus Salihin min kalam sayyidi al-mursalin, Dar al-Mannar, kaherah,cetakan pertama 2003/1423, Kitab iyadatu al-marid wa tashyi’ al-mayyit wa as-solah alaihi wa hudur dafnahi wa al-makathu inda qobrihi ba’da dafnihi,bab al-mau’izah inda al-qabr dan bab ad-dua lilmayyit ba’da dafnihi wa al qu’ud inda qabrihi sa’ah ad-du’a lahu wa al-istighfar wa al-qiraah,161,jilid3, ms80,81).

4. riwayat oleh Said bin mansur, dr Rashid bin Sa’ad, dan domrah bin habib, dan hakim bin Amir

Diriwayatkan oleh Said bin mansur, dr Rashid bin Sa’ad, dan domrah bin habib, dan hakim bin Amir(mereka ini adalah tabi’in), mereka berkata:

“ jika telah diratakan ke atas mayat kuburnya, dan orang mula bersurai darinya, adalah disukai agar dikatakan kpd jenazah di kuburnya: wahai fulan, katakanlah tiada Tuhan selain Allah, aku bersaksi bhw tiada Tuhan selain allah, tiga kali. Wahai fulan, katakanlah: Tuhanku Allah, agamaku Islam, dan nabiku Muhammad s.a.w, kemudian bersurai.”


Pendapat Ibnu Hajr
Kata sayyid sabiq ketika menyatakan hadis ini:
“Sesungguhnya atsar ini disebutkan oleh al-Hafiz dalam at-talkhis, dan dia mendiamkan diri tentangnya...”

(Sayyid Sabiq,Fiqh as-sunnah, komentar: Muhammad Sayyid Sabiq/pd kulit-muhammad nasiruddin al-albani, dar al-fath lil I’lam alarabi, cetakan kedua 1999/1419,kitab al-janaiz, hukmu at-talqin ba’da addafn-bab mentalqinkan jenazah setelah dikebumikan-,jilid 2,ms 73-74.)


Perbincangan

Kita telah pun meneliti hujah hujah setiap pihak di dalam isu talqin ini. Umum mengetahui,apabila sesuatu masalah itu diperselisihkan oleh para ulama, dan setiap pihak mendatangkan dalil dalil daripada al-Quran dan hadith, maka ia dikategorikan sebagai satu masalah khilaf.

Status Hadis

Dalam masalah talqin, kita telah mengetahui bahawa sekumpulan ulama, khusunya dari kalangan mazhab syafi’I telah memilih untuk beramal dengan talqin. Mereka telah mendatangkan hujah dalam bentuk hadis, yang asalnya lemah-diakui oleh mereka sendiri, tetapi disokong oleh beberapa riwayat lain yang soheh.

Hadis Abi Umamah, merupakan hadis tonggak dalam hal ini. Statusnya boleh dianggap diperselisihkan. Beberapa ahli ilmu seperti ibnu Hajar menyebut tentang kesolehan hadith ini, namun isnad hadis ini diakui lemah oleh ramai ulama, termasuk yang menggunakannya sebagai hujah. Bahkan Qasim Muhammad an-Nauri menyebutnya sebagai sangat lemah (Dhaif Jiddan).

Status sangat lemah sebenarnya menghalang sesuatu hadis dari diangkat sebagai hujjah, hatta sebagai fadhail sekalipun. Terdapat dua mazhab yang mengharuskan beramal dengan hadis dhaif. Mazhab pertama, yang beramal dengan hadis daif dalam hukum syariah,fadail dan manaqib(lihat ta’liqat as-sheikh Abi ghuddah ala al-ajubah al-fadilah, ms 48). Mazhab kedua mengharuskan ia diamalkan di dalam bab fadhail. Akan tetapi kedua dua mazhab mensyaratkan yang hadis dhaif itu mestilah dari jenis dhaif yang tidak teruk, yakni bukan daripada kalangan hadis yang terlalu lemah!! Bila hadis terlalu lemah, maka ia tidak dapat lagi dijadikan dalil walaupun didatangkan syahid/penguat.

(lihat Dr.Muhammad Abu al-Laith al-khair al-abadi, Ulum al-Hadith asiliha wa mu’asiruha, Dar as-syakir-Bandar Baru Bangi, cetakan ketiga 2004/1425,ms164,165)

Jika kita mengambil pendapat ibnu hajar, bahawa hadis ini soleh isnadnya, ataupun kita kira ianya hadis daif yang tidak syadid, tidak termasuk dalam kategori sangat lemah, maka hadis ini bolehlah dikuatkan dengan syahid syahid yang telah dikemukakan oleh ahli ilmu yang mengatakan ianya disukai. Namun demikian, penggunaan riwayat riwayat ini sebagai syahid juga diperselisihkan dari segi pemahaman hadis, sebagaimana yang telah kita bincangkan sebelum ini. Imam as-Son’ani misalnya mengatakan riwayat riwayat tersebut bukanlah syahid terhadap hadis talqin. Demikian juga Sheikh Muhammad Soleh Uthaimin, di mana beliau membezakan antara perbuatan mendoakan ketetapan si mati, juga perbuatan memberi nasihat di kuburan, dengan amalan talqin itu sendiri, oleh itu tidak boleh dijadikan syahid terhadap hadis talqin.

Wasiat Amru bin al-As, merupakan riwayat yang paling hampir maksudnya dengan hadis Abi Umamah. Dan sekiranya ia merupakan riwayat yang marfu’ sehingga rasulullah s.a.w, ianya akan menjadi hujah yang sangat kuat bagi amalan talqin. Tanpa hadis Umamah sekalipun, ianya merupakan hujah yang kuat, kerana isnadnya yang kuat lagi soheh. Akan tetapi wasiat Amru bin al-As tidak marfu’, ianya merupakan salah satu atsar atau kalam sahabat,oleh kerana itulah Sheikh Muhammad Soleh Uthaimin mengatakan ia hanyalah ijtihad Amru, yang tidak dipersetujui beliau kerana tidak thabit riwayat atau amalan daripada Rasulullah mahupun para sahabat yang lain,dalam perkara ini.

Adapun riwayat daripada Rashid bin Sa’ad, domrah bin habib, dan hakim bin Amir, al-hafiz ibnu Hajar telah mendiamkan diri tentang statusnya. Dan jika isnadnya baik sekalipun, seperti wasiat amru, ia tidak marfu’ kepada nabi s.a.w. sebaliknya ianya merupakan kalam atau atsar dari tabi’in.

Talqin-Dulu dan sekarang: Antara Talqin yang dimaksudkan oleh ulama dan talqin yang diamalkan sekarang

Seperti yang telah kita ketahui, para ulama mazhab syafi’I berpendapat talqin itu adalah disukai, berdasarkan apa yang diriwayatkan dari Abi Umamah, yang diperkuatkan dengan syahid syahid seperti hadis Abi Hurairah dan atsar Amru bin al-As. Sekali lagi, mari kita perhatikan seketika hadis hadis tersebut.

Daripada Abi Umamah: jika aku mati maka buatlah kepadaku sebagaimana yang diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w ke atas kematian kami. Rasulullah telah memerintahkan kami,maka baginda bersabda:
“ jika mati seseorang dari saudara2kamu semua, maka ratakan tanah di atas kuburnya…dan berdirilah salah seorang dari kamu di sisi kepala kuburnya, kemudian hendaklah dia berkata: “ wahai fulan bin fulanah, sesungguhnya dia mendengar, tetapi tidak menjawab. Kemudian katakan: wahai fulan bin fulanah, sesungguhnya ia sedang duduk. Dan katakana wahai fulan bin fulananh, maka sesungguhnya dia berkata: tunjukilah akau, Allah akan merahmatimu. Tetapi kamu semua tidak merasainya. Kemudian katakana: sebutlah sebutlah apa yang telah kau keluarkan atasnya dari dunia: Kesaksian bahawa tiada Tuhan selain Allah, dan sesungguhnya Muhammad itu hambaNya dan RasulNya. Dan sesungguhnya engkau redha Allah sebagai tuhanmu, Islam agamamu, Muhammad nabimu,quran imammu. Maka sesungguhnya munkar dan nakir mengambil setiap dari keduanya dengan tangan tuannya. Dan dia berkata: tinggalkanlah kami,kami tidak duduk di sisi orang yang ditalqinkah hujahnya, maka jadilah Allah azza wajalla hujahnya selain mereka berdua”. Maka berkata seorang lelaki: wahai rasulallah, jika tidak dikenali ibunya? Berkata: maka nasabkanlah dia kepada hawa alaihassalam. Wahai fulan bin hawwa’”.

Drp Uthman bin Affan r.a berkata: adalah nabi s.a.w apabila selesai pengkebumian jenazah, baginda berdiri atasnya,dan bersabda: “mintalah keampunan untuk saudaramu, dan pohonlah baginya ketetapan,sesungguhnya sekarang dia sedang disoal”.(riwayat Abu Daud)

Drp Amru bin al-As r.a,berkata: “jika kamu semua mengebumikan aku, maka bangunlah di sekeliling kubur waktu sekadar menyembelih seekor binatang sembelihan,dan membahagikan dagingnya,sehingga hati aku tenang dengan kalian, dan lihatlah apa yang didatangkan dengannya utusan Tuhanku(malaikat)”. Riwayat Muslim.

Diriwayatkan oleh Said bin mansur, dr Rashid bin Sa’ad, dan domrah bin habib, dan hakim bin Amir(mereka ini adalah tabi’in), mereka berkata: “ jika telah diratakan ke atas mayat kuburnya, dan orang mula bersurai darinya, adalah disukai agar dikatakan kpd jenazah di kuburnya: wahai fulan, katakanlah tiada Tuhan selain Allah, aku bersaksi bhw tiada Tuhan selain allah, tiga kali. Wahai fulan, katakanlah: Tuhanku Allah, agamaku Islam, dan nabiku Muhammad s.a.w, kemudian bersurai.”

Berkata sheikh nasr: apabila bersurai dari pengkebumiannya, dia berdiri di kepalanya dan berkata: wahai fulan bin fulan, sebutlah perjanjian yang telah kau keluarkan atasnya dari dunia: Kesaksian bahawa tiada Tuhan selain Allah, satu satunya ,tiada syirik baginya, dan sesungguhnya Muhammad itu hambaNya dan RasulNya,dan sesungguhnya kiamat itu pasti datang tidak ada keraguan padanya,dan sesungguhnya Allah akan membangkitkan sesiapa di dalam qubur.katakanlah: aku redha Allah sebagai tuhanku, Islam agamaku, Muhammad nabiku, kaabah kiblatku,quran imamku, org2 islam saudaraku,Tuhanku allah tiada Tuhan kecuali dia, dialah Tuhan Arasy yang Agung.”


Lihat pada perkataan yang penulis gelapkan. Semua riwayat riwayat ini, dan kata kata ulama ini, kecuali yang riwayat daripada tiga orang tabi’in, menyebut, bahawa talqin itu dibuat dalam keadaan berdiri atau bangun!! Adapun masyarakat tempatan pada zaman ini, mereka bertalqin dan bertahlil dalam keadaan duduk di kuburan!! Dan sebagaimana yang telah kita bincangkan, terdapat tegahan daripada rasulullah s.a.w dalam masalah duduk di kuburan, yang thabit dari hadis hadis yang soheh. Oleh sebab itulah, Imam Nawawi, sebagaimana yang dinukilkan oleh al-marbawi dalam bahrul mazi, menyebut:

“telah berkata ashab kita duduk di atas kubur itu haram, begitu juga bersandar dan bertalkin di atasnya. Kerana soreh(jelas) hadis yang di atas tadi menegahnya, dan juga beberapa hadis yang seperti itu tersebut dalam Muslim.”.

“…ini satu cawangan,telah aku sebutkan pada mazhab kita duduk di atas kubur dan bertalkin dan bersandar kepadanya itu makruh. Maka dengan dia telah berkata jumhur ulama, setengah daripada mereka itu an-nakhaie,al-laith,Abu Hanifah,Ahmad dan Daud…”

(rujuk kembali tajuk Duduk di atas kubur : antara Haram, Makruh dan Harus)

Kemudian lihat juga kepada bentuk amalan talqin yang digambarkan. Kadar waktunya hanyalah sekadar menyembelih seekor haiwan dan membahagikan dagingnya. Bacaan yang dibacakan juga tidaklah panjang,tetapi ringkas sahaja. Namun masyarakat tempatan hari ini mereka menambahkan tahlil kepada amalan talqin itu, dan membaca talqin yang agak panjang daripada apa yang diriwayatkan!!Menyebabkan tempoh waktu talqin itu terasa lebih panjang daripada masa yang sepatutnya!

Jadi lihatlah, masyarakat beramal dengan amalan yang dalilnya diperselisih kekuatannya, ditambah pula dengan membuat tegahan yang telah ditegah oleh rasulullah s.a.w!! kemudian amalan itu bertentangan pula dengan apa yang disebutkan di dalam riwayat riwayat dan kalam ulama!!

Antara Mau’izah (peringatan) di atas kubur dan talqin di atas kubur

Tajuk ini dibincangkan dan dikaitkan juga dengan talqin, kerana seperti yang telah kita bincangkan, sebahagian ulama, seperti al-bukhari dan an-nawawi, mengharuskan duduk di kuburan jika tujuannya untuk memberi peringatan, berdasarkan hadis riwayat Ali r.a, dan beberapa hadis lain yang menyebut bahawa nabi s.a.w datang ke kuburan, duduk memberi peringatan dan para sahabat duduk di sekeliling baginda. Walaupun para ulama syafi’iyah tidak mengambilnya sebagai dalil dalam bab talqin, namun ulama terkemudian atau sekarang mungkin mengambilnya sebagai hujah di dalam bab talqin, lalu membolehkan duduk di atas kuburan untuk bertalqin dan mendengar talqin, kerana talqin itu satu juga satu mau’izah /peringatan.

Penulis secara peribadi berpendapat, mau’izah dan talqin di kuburan, secara istilahnya merupakan dua perkara yang berbeza.Oleh sebab itulah ulama tidak mengambilnya sebagai dalil dalam bab talqin.Imam an-Nawawi sendiri menghimpunkan hadis Ali r.a di dalam kitabnya Riadus Salihin, tetapi dia tidak menyebutnya di bawah bab berkaitan talqin selepas pengkebumian, sebaliknya disebutkan di bawah bab memeberi peringatan di sisi kubur.

Ini kerana Mu’izah jika diteliti dari isi kandungannya sebagaimana yang diriwayatkan di dalam hadith, Rasulullah mengingatkan para sahabat yang berada di sekelilingnya,tentang perkara perkara yang bakal berlaku di dalam kubur. Talqin juga isi kandungannya hampir sama, tetapi ia lebih khusus menumpukan kepada apa yang bakal disoal oleh malaikat dan apa yang patut dijawab. Talqin juga maksudnya lebih kepada si mati, kerana perkataan talqin itu sendiri maknanya mengajar seseorang untuk mengulang apa yang dicakapkan, sepertimana disebut dalam hadis: “talqinkanlah-yakni ajarlah- orang yang hendak mati itu dengan La Ilaha illa Allah..”

Sheikh Muhammad Soleh Uthaimin dalam menguatkan lagi perkara ini, menyebut di dalam syarah riadus salihin , ketika mensyarahkan hadis Ali r.a:

“…maka apabila manusia datang ke perkuburan, dan orang ramai duduk di sekelilingnya, maka di sini baiklah dia memberi peringatan dengan apa yang sesuai, seperti hadis ini, ataupun hadis Abdul Rahman bin Murrah, ketika Rasulullah datang dan berakhir kepada jenazah seorang lelaki daripada ansar,baginda mendapati mereka sedang menggali kubur dan belum menyempurnakannya, lalu baginda duduk dan mereka pun duduk di sekeliling baginda, seolah olah di atas kepala mereka ada burung, sebagai tanda hormat kepada rasulullah s.a.w, dan memuliakan majlis ini dan kehebatannya,maka baginda menceritakan kepada mereka bahawa insan itu bila datang kematiannya turun kepadanya malaikat rahmat ataupun malaikat azab, kemudian baginda menceritakan hadis yang panjang mengingatkan mereka dengannya, inilah dia mau’izah di sisi kubur.”

Kata beliau lagi:

“ adapun bangun seorang di sisi kubur seolah olah dia berkhutbah(yakni bercakap dengan seseorang-penulis) maka ini bukanlah dari petunjuk nabi s.a.w. Bukanlah dari petunjuk nabi s.a.w. di mana berdiri seseorang itu di kalangan orang ramai seolah olah dia berkhutbah, ini bukanlah daripada sunnah, sunnahnya ialah melakukan sebagaimana yang dilakukan rasul s.a.w sahaja, sekiranya orang ramai sedang duduk, dan mayat belum dikebumikan,maka duduklah sementara menunggu pengkebumiannya, dan bercakaplah dengan percakapan majlis percakapan yang biasa, sesetengah orang mengambil dari tafsiran ini-tafsiran an-nawawi rhm- dan telah diterjemahkan juga seperti ini oleh al-bukhari sebelumnya di dalam sahihnya (bab mau’izah di sisi kubur), diambil daripada ini, adanya seorang khatib yang bercakap kepada orang ramai dengan suara yang tinggi, dan wahai hamba hamba Allah, dan lain lain perkataan sepertinya yang diucapkan di dalam khutbah,dan kefahaman ini salah,tidak betul, mau’izah di sisi kubur itu terhad dengan apa yang didatangkan dalam sunnah sahaja,janganlah menjadikan kubur sebagai mimbar, maka pemberi peringatan itu lembut, dalam keadaan orang duduk, dan melintaskan k etas mereka kesan sedih dan tafakkur dan seumpamanya,bukan kesan berani seolah olah memberi peringatan kepada tentera…tetapi kelebihan Allah diberikan kepada sesiapa yang dikehendakiNya, maka sebahagian manusia memahami sesuatu daripada nas dengan kefahaman yang tidak dimaksudkan dengannya, dan Allah memberi hidayah kepada sesiap yang Dia mahu ke jalan yang lurus.”

(Sheikh Muhammad bin Soleh Uthaimin, Sarah Riadus Salihin min kalam sayyidi al-mursalin, Kitab iyadatu al-marid wa tashyi’ al-mayyit wa as-solah alaihi wa hudur dafnahi wa al-makathu inda qobrihi ba’da dafnihi,bab al-mau’izah inda al-qabr,jilid3, ms,81).


Beliau kemudian menegaskan lagi tentang hal ini dlam syarah hadis berikutnya, yakni hadis Abu Hurairah dan wasiat Amru bin al-As:

“ disunatkan bagi insane-apabila orang ramai bersuarai dari pengkebumian mayat-agar berdiri di sisinya menyebut: (Allahumma ighfir lahu) 3x, (Allahumma Thabbithu)3x, kerana nabi s,a,w selalunya bila berdoa berdoa tiga kali, kemudian bersurai, bukan duduk selepas yang demikian itu, untuk zikir membaca Quran,atau meminta keampunan. Demikianlah yang telah datang dengannya sunnah,adapun apa yang disebutnya-rhm- daripada Amru bin As r.a, bahawa beliau memerintahkan keluarganya agar berdiri di sisinya setelah dia dikebumikan sekadar disembelih seekor sembelihan, dia berkata: mudah mudahan aku ditenangkan dengan kalian dan lihatlah apa yang didatangkan dengannya utusan Tuhanku yakni malaikat. Maka ini adalah ijtihad daripadanya r.a, tetapi ijtihad yang kita tidak bersetuju dengannya, kerana petunjuk nabi adalah lebih sempurna drp petunjuk org lain, dan nabi s.a.w tidak pernah berdiri atau duduk di sisi kubur selepas pengkebumian sekadar waktu menyembelih sembelihan dan membahagikan dagingnya, dan baginda tidak memerintahkan para sahabat dengan yang demikian. Tujuan sebenarnya ialah baginda memerintahkan mereka berdiri di atas kuburan dan memohon keampunan bagi si mati dan memohon ketetapan hati baginya sahaja, inilah dia sunnah, kemudian orang ramai bersurai. Adapun membaca al-Quran di sisi kubur, yang paling tepat ianya tidak disukai, dan bahawasanya dimakruhkan bagi insan pergi ke kubur,kemudian berdiri atau duduk di sisinya dan membaca ayat...”

(Sheikh Muhammad bin Soleh Uthaimin, Sarah Riadus Salihin min kalam sayyidi al-mursalin, Kitab iyadatu al-marid wa tashyi’ al-mayyit wa as-solah alaihi wa hudur dafnahi wa al-makathu inda qobrihi ba’da dafnihi,bab ad-dua lilmayyit ba’da dafnihi wa al qu’ud inda qabrihi sa’ah ad-du’a lahu wa al-istighfar wa al-qiraah,jilid3, ms,82).

Talqin dan Bid’ah

Terdapat beberapa ulama yang begitu bertegas di dalam perkara ini, sehinggakan ada yang memasukkannya di dalam kategori bid’ah, kerana tiada riwayat riwayat yang soheh dan soreh thabit daripada rasulullah, dan amalan para sahabat dalam hal ini.

Sheikh Muhammad Soleh Uthaimin, ketika mensyarahkan hadis Abi Hurairah dan wasiat amru, mengakhiri kalamnya dengan perkataan ini:

“… kerana ini adalah daripada bid’ah, dan sesungguhnya nabi telah bersabda: (setiap bid’ah itu sesat), dan paling kurang tahapnya ianya makruh, WaAllahu al-Muwaffaq.”

(Sheikh Muhammad bin Soleh Uthaimin, Sarah Riadus Salihin min kalam sayyidi al-mursalin, Kitab iyadatu al-marid wa tashyi’ al-mayyit wa as-solah alaihi wa hudur dafnahi wa al-makathu inda qobrihi ba’da dafnihi,bab ad-dua lilmayyit ba’da dafnihi wa al qu’ud inda qabrihi sa’ah ad-du’a lahu wa al-istighfar wa al-qiraah,jilid3, ms,82).

Demikian juga imam as-son’aani di dalam subulussalam, setelah menyebut dengan panjang lebar tentang hadis umamah, dan menafikan syahid syahid yang didakwa menguatkannya, beliau mengakhiri kalamnya dengan menyebut:

“…dan hasil daripada kalam para imam tahqiq,sesungguhnya ianya hadis dhaif,dan beramal dengannya bid’ah, tidak ternafi dengan ramainya orang yang melakukannya.”

(Subulussalam, syarh bulughul maram,takhrij dan komentar:syeikh khalid Abdurrahman al-Ak,Kitab al-janaiz,di bawah tajuk-ad-dua lilmayyit bittathbit-doa untuk mayat agar diberi ketetapan, jilid2,ms245)



Kesimpulan

Kita telahpun membincangkan dengan panjang lebar, secara ilmiah, tentang isu talqin ini. Maka tibalah masanya untuk kita mengakhirinya dengan satu kesimpulan.

Bilamana ulama ulama ahlu sunnah wal jamaah, dari kalangan Fuqaha dalam masalah ini, mempunyai pendapat yang berbeza dalam sesuatu isu furu’,dan setiap mazhab mempunyai dalil yang diiktiraf syara’, maka ianya disebut masalah khilafiyah, yakni yang diperselisihkan.

Namun begitu, menurut prinsip ilmiyah dalam pengajian Fiqh dan usul Fiqh khusunya, bukanlah menjadi satu perkara yang baik kita membiarkan sahaja perkara khilaf itu selama lamanya khilaf. Tetapi mereka yang berkemampuan dan layak disuruh mengkaji pendapat pendapat ini, sama ada untuk mempertemukannya di atas satu garisan, atau setidak tidaknya mengetahui pendapat yang paling kuat setelah diteliti hujahnya. Kerana itulah dalam setiap masalah yang diperselisihkan, sebahagian ulama telah mengkaji serta menelitinya,lalu mengetengahkan salah satu daripadanya sebagai yang paling kuat atau rojih.

Dalam masalah talqin, kita mengasihi para ulama mazhab syafi’I, dan kita menghormati mereka yang mengatakan ianya adalah satu perkara yang disukai. Mereka telah mengemukakan hujah hujah mereka yang tersendiri, yang punyai kekuatan di sisi mereka, biarpun di sana sebilangan ulama yang lain menganggap di dalam hujah hujah tersebut terkandung kelemahan. Dan kerana kasihkan dan hormatkan ulama itu jugalah, hendaklah seseorang beramal dengan apa yang telah ditunjuk ajar oleh mereka, bukan bertentangan dengan apa yang mereka nukilkan di dalam kitab kitab mereka, dan bukan pula menambah nambah perkara lain yang asalnya ditegah oleh syara’, kemudian di sandarkan pula bahawa amalan itu –yang telah diubah dan ditokok tambah- adalah disukai oleh mereka!! Berlindunglah kita dengan Allah daripada melakukan yang demikian!!

Dan alangkah indahnya dan baiknya jika kita dapat mengikuti satu persatu petunjuk nabi s.a.w di dalam perkara ini, sepertimana yang diriwayatkan oleh para sahabat daripada baginda di dalam hadis hadis yang soheh, serta meninggalkan apa yang baginda tidak lakukan, dan apa yang tidak thabit dengan hadis hadis serta riwayat riwayat yang tidak kuat. Sesungguhnya ini tidak bermakna kita mengenepikan ijtihad sebahagian ahli ilmu,kerana kita adalah ummat yang mencintai ulama dan ahli ilmu,kerana mereka adalah pewaris para nabi, namun kebenaran yang dibawa oleh Rasulullah juga wajib kita cintai, kerana sebaik baik petunjuk itu adalah petunjuk nabi Muhammad s.a.w.

Akhirnya marilah sama sama kita mengislahkan diri kita,seterusnya keluarga kita, kemudian masyarakat dan ummat ini berpandukan cahaya Al-Quran dan petunjuk as-sunnah. Sama sama kita berdoa agar kita ditunjukkan jalan oleh Allah Ta’ala untuk melakukan amalan bertetapan dengan perintahNya dan Sunnah RasulNya. Amin ya Rabbal Alamin.

Wallahu A’lam.

Wa sollallahu ala Muhammad, wa ala Alihi wa sohbihi Wasallim.Walhamdu LiLLahi Rabb al-alamin.

Abu Zubair,
18/03/2008,10.42p.m, Kg Sungai Jahit.

fitnah SMS

Anda mungkin pernah mendapat pesanan suara begini: “Ustaz, saya dah beritahu kawan kawan tentang kelas malam ini, insya allah magrib kami ada di surau”.

Atau sms begini: “ antara puasa sunat enam hari syawal dengan puasa qadha mana yang lebih aula?” atau : “malam ini ada kuliah di bilik kuliah no sekian sekian..”

Tidak dinafikan teknologi banyak memberi manfaat kepada ummat Islam. Kerana perkembangan pesat teknologilah, hari ini kita dapat mentelaah kitab kitab, mentakhrij hadith hadith dan belajar ilmu agama dengan hanya menggunakan menekan papan kekunci dengan hujung jari jemari. Ceramah ceramah dan kuliah dapat diiiklankan dengan pantas hanya dengan menaip keypad telefon bimbit. Namun kepesatan teknologi juga, jika tidak dimanfaatkan dengan cara yang sepatutnya, pantas menghanyutkan manusia dalam arus kemungkaran. Hanya dengan memiliki telefon bimbit, bukan hanya gambar, tapi klip klip video kemungkaran dapat dirakam,ditatap dan ditukar tukar sesama rakan, tanpa memerlukan pemain vcd atau dvd lagi.

Kepesatan teknologi juga mempengaruhi gaya hidup kita.penulis suka untuk mengambil budaya coupling sebagai contoh. Satu ketika dahulu, seperti yang sering dilihat dalam filem filem melayu lama,teruna dan dara perlu melalui susah payah untuk berhubung dan bersua. Daripada mengetuk botol tanda waktu pertemuan,hinggalah ke surat surat berisi haruman hakiki dan majazi, kemudian barulah dapat bertemu memadu kasih bersama.

Zaman itu berlalu apabila teknologi telefon tersebar luas. tidak payah lagi membeli kertas kajang ,pen dan bedak wangi untuk meluah rasa. Bila setiap rumah ada telefonnya, makin mudahlah untuk berhubung dan meluah rasa. Bagi yang punyai sedikit rasa malu untuk melakukannya di rumah,maka pondok pondok telefon jadi sasaran. Belilah kad telefonnya, atau kumpul saja syiling, maka dapatlah melepas rindu dendam pada si dia.

Kemudian zaman teknologi tanpa wayar pun bermula-telefon bimbit. Pada mulanya hanya golongan yang bekerja memilikinya. Lama kelamaan para pelajar universiti dan kolej, dan akhirnya pelajar sekolah. Ditambah pula lagi dengan adanya internet, tambah mudah lagi untuk mencari teman. Masuk saja laman sembang atau chatting, letak saja nama yang menarik, dalam seketika sahaja dapatlah teman.. maka bila no telefon bimbit diberi, tidak payah lagi menghadap pc atau laptop untuk berbual. Gunakan sahaja SMS, hanya kita berdua sahaja yang tahu apa isi mesej telefon kita.

Sama ada ia merupakan ancaman terancang musuh Islam, atau ia kebetulan yang disebabkan alpanya orang islam sendiri, fitnah teknologi SMS akhirnya berjangkit pada golongan yang dulunya kelihatan agak sukar untuk mendekati budaya kasih saying remaja. Kata orang golongan anta anti. Maklumlah, untuk keluar berdating, tidak sekala kali kerana imej akan tercemar dengan perbuatan itu. Nak berbalas surat atau menghadap pc untuk berchatting sampai jauh malam di cyber café, risiko untuk terkantoi agak besar juga. Tapi sms dengan telefon bimbit hak peribadi, ada privacy. Sambil pura pura tidur di atas katil, sms demi sms bertukar antara dua insan.

SMS sememangnya ancaman besar bagi golongan yang dahulunya menjadi contoh buat rakan sebaya. Ia mampu mendorong golongan ini bersikap hipokrasi, atau mungkinkah kita label seakan akan memiliki sifat munafiq?. Zahirnya masih seperti dahulu, namun batinnya hanya Allah yang tahu. Di sebalik kopiahnya, atau tudungnya, siapa tahu kandungan sms di dlm telefon bimbitnya.
Ini bukan satu rekaan berbentuk tohmahan, mahupun serangan mahu menjatuhkan. Namun ia satu hakikat yang perlu kita ambil perhatian. Dengan SMS, bermulalah peringkat peringkatnya yang mulanya sering bermula dengan kebaikan, dan akhirnya bercampur dengan kebatilan.


Ada yang memulainya ketika menyertai persatuan atau gerakan. Atau aliran Peringkat pertamanya, sms masih berkisar kebaikan. Unjuran persoalan agama, waktu mesyuarat atau program, mungkin juga kuliah kuliah tafaqquh. Di tempat tempat ini mereka bertemu secara tak sengaja, terpandang secara tak sengaja, pandangan dimaafkan kata orang.

Peringkat keduanya hal hal persatuan,ilmuan,gerakan perlahan lahan berubah manjadi sesi kaunseling peribadi. Contohnya, Kenapa tadi dekat kuliah/meeting muka awak nampak muram,ada problem ke? Ceritalah mana tahu ana boleh tolong. Kebetulan masalahnya selesai dengan kaunseling sambilan tadi. Maka di sesi kuliah/mesyuarat seterusnya dilemparlah senyuman buat penghargaan. Senyuman ikhlas tadi telah dihiaskan oleh tentera tentera general iblis hinggakan lekat di dalam memori. Maka malamnya sekali lagi sms manjadi wasilah.

Peringkat ketiga akan menyaksikan persahabatan rapat terjalin. Yang akhirnya membawa kepada ikatan tidak rasmi sebagai future zaujah. Bagi yang kuat imannya, alhamdulillah dia dapat menyelesaikannya di sini dengan membuat ikatan rasmi seperti bertunang. Namun ada yang masih belum bersedia, jadi buat ikatan tidak rasmi dahulu.

Peringkat keempat menyaksikan mesej mesej menyentuh jiwa. Daripada tema ukhuwwah fillah, ia berubah tema kepada copy-paste lirik lirik nasyid jiwang. Kemudian akhirnya yang tinggal bezanya dengan orang lain di luar sana hanyalah perkataan anta anti. Rindu,sayang,hinggalah bayangan berdua duaan semuanya hampir sama. Di peringkat ini para petugas iblis tersenyum sampai ke telinga, mendabik dada melihat kejayaan di depan mata.

Bagi yang tidak menyertai sebarang persatuan, mereka masih belum selamat. Di sana terdapat strategi kedua. Muncul seorang insane berlainan jantina dari ceruk mana menghantar sms menanyakan hal ehwal agama. Peringkat peringkat seterusnya berlaku sama sahaja seperti di atas. Tapi risiko untuk sms yang lebih dahsyat amat tinggi dalam hal ini, kerana pasangannya mungkin dari golongan yang tidaklah berilmu sepertinya. Silap gaya, yang mahu berdakwah di awal tadi akhirnya tersangkut umpan yang dipasang mad’unya!!

Berlindunglah kita dengan Allah dari terjebak dengan fitnah sms ini. bagi yang telah terjebak, kembalilah ke pangkal jalan. Bagi yang baru sahaja bermula, hentikanlah segera. hati hatilah ketika menggunakan teknologi, agar kebaikan tidak bercampur dengan kebatilan, seterusnya menjerat kita sendiri. Berjalanlah di atas landasan lurus yang disuluhi cahaya al-Quran dan as-sunnah, biarlah terkoran sebahagian nikmat duniawi demi nikmat ukhrawi yang abadi. 

hukum menjual kucing

Perbincangan masalah di dalam kitab kitab fiqh


Kitab Bahru al-mazi syarah sahih at-tirmizi
Hadis larangan memakan harga kucing dan status hadis tersebut

Diriwayatkan daripada Jabir , dia berkata: nabi s.a.w telah melarang daripada harga anjing dan kucing.

Menurut imam at-Tirmizi, hadis ini terdapat idtirab pada sanadnya, dan tidak sah pada lafaz harga kucing. Hadis ini telah diriwayatkan daripada al-A’mash, daripada setengah sahabat sahabatnya daripada Jabir. Dan Idtirab mereka itu adalah pada al-A’mash pada riwayat hadis ini.

Satu lagi hadis yang dikeluarkan oleh at-tirmizi yang berkaitan dengan hal ini ialah hadis yang berbunyi, “ Nabi melarang daripada memakan kucing dan harganya”. Diriwayatkan daripada Jabir bin Abdullah, imam at-tirmizi menyebutkan hadis ini sebagai hadis gharib.

(Bahrul Mazi, imam al-marbawi, jilid 9, bab karahiyah thamanu al-kalb wa as-sinnaur-tegahan harga anjing dan kucing, ms 205 dan 206)

Hukum menjual kucing kampong(peliharaan) dan kucing hutan.

Kata imam nawawi di dalam syarh al-muhazzab:
“ berjual kucing kampong itu harus ia dengan tiada khilaf di sisi kita syafi’i. melainkan barang yang menghikayat akan dia oleh imam bughawi di dalam kitabnya syarah mukhtasar al-muzni daripada Abi al-as, bahawasanya berkata ia tiada harus jual kucing kampong itu. Maka perkataan itu syaz lagi batil ditolak kan dia. Bermula yang masyhurnya ialah harus, dan dengan pendapat inilah berkata jamhur ulama, dan telah menaqalkan akan dia oleh al-qadi iyadh daripada jumhur.

Dan kata ibnu al-munzir: “ telah ijama umat islam atas harus mengambil kucing itu dibuat haiwan peliharaan, dan telah berkata tiada mengapa menjualnya oleh ibnu abbas dan ibnu sirin dan al-hakim, dan hammad, malik, sufyan at-thauri,imam as-syafi’I,imam ahmad, ishaq, abu hanifah dan sekalian ahli Ra’yu.

Dan telah ditegah oleh satu puak drpd ahli ilmu menjual kucing itu, antaranya Abi Hurairah,Mujahid,Tawus, dan jabir bin yazid.

Kata ibnu al-munzir: “ jika thabit hadis tegahannya daripada nabi s.a.w akan jualnya maka menjualnya itu batil, dan jika tidak thabit maka menjualnya itu harus”.

(Lihat Bahrul Mazi, imam al-marbawi, jilid 9, bab karahiyah thamanu al-kalb wa as-sinnaur-tegahan harga anjing dan kucing, masalah 207, ms206)

Hujah para ulama dalam masalah ini

Hujah ulama yang melarang

Hadis Abi Zubair, katanya aku telah bertanya kepada jabir tentang harga anjing dan kucing, maka katanya ditegah oleh nabi s.a.w daripada yang demikian itu. Hadis ini diriwayatkan oleh Muslim.

Hujah ulama yang mengharuskan

Kucing itu suci lagi orang mengambil faedah dengannya,dan didapati padanya sekalian syarat jual dengan khiyar. Maka harus jualnya sebagaimana binatang keldai dan baghal.

Adapun hadis riwayat muslim di atas, maksudnya adalah sebagaimana yang berikut:
Pertama: berkata Abi al-abbas ibnu al-as dan abi sulaiman al-khatabi, al-qaffal dan lain lainnya, larangan di atas adalah tegahan ke atas kucing hutan (as-Sinnaur bermakna kucing hutan) maka tiada sah jualnya kerana tidak ada manfaat. Melainkan ada pendapat lemah yang mengatakan harus memakannya.

Kedua: tegahan yang dibuat tidak sampai kepada haram, tetapi tegahan yang hampir kepada harus.(tegahan tanzih),yang dikehendaki tegah atas adat, tidak mengapa jika dilakukan, kerana ia merupakan kemahuan /kebiasaan mereka pada adat.

(Lihat Bahrul Mazi, imam al-marbawi, jilid 9, bab karahiyah thamanu al-kalb wa as-sinnaur-tegahan harga anjing dan kucing, masalah 207, ms206)


kitab Subulus Salam syarh bulughul maram

“Tegahan ke atas harga anjing adalah disepakati berdasarkan hadis ibnu mas’ud, dan Muslim bersendirian dalam meriwayatkan tegahan ke atas harga kucing, dan asal tegahan itu adalah haram.

Adapun jumhur, mereka bersepakat atas pengharaman menjual anjing secara mutlaq, tetapi mereka berselisih pada hal kucing. Sebahagian ulama berpendapat adalah haram menjual kucing, antaranya Abu hurairah, Towuus dan Mujahid, manakala jumhur berpendapat harus menjualnya jika ia mendatangkan manfaat. Adapaun tegahan dalam hadis adalah tegahan dalam bentuk tanzih-yakni tegahan yang hampir kepada harus…”

(Lihat Subulussalam syarh bulughul maram, imam as-san’ani, jilid 3, cetakan dar as-sadir,Beirut,cetakan pertama 1998, kitab al-buyu’, bab syurutahu wa ma nahiya anhu, tahrim thaman al-kalbi wa as-sinnaur- kitab jual beli, bab syarat syaratnya dan apa yang dilarang daripadanya, pengharaman harga anjing dan kucing)

Kitab al-bayan ala mazhab as-syafi’i

Harus menjual kucing, dan diriwayatkan yang demikian itu daripada ibnu abbas r.a.
Dan diriwayatkan daripada Abi hurayrah r.a., towuus,mujahid dan jabir b zaid r.h: (sesungguhnya mereka memakruhkan menjualnya).

Dalil kami: ia haiwan yang bersih yang boleh diambil manfaat darinya, maka harus menjualnya seperti biri biri.

(al-bayan fi mazhab al-imam as-syafi’I, syarah kitab al-muhazzab kamilan, wa al-fiqhu al-muqaran, karya Abu Husain Yahya bin abi al-khair salim al-imrani as-syafi’i, cetakan dar al-minhaj, kitab al-buyu’, bab ma yajuzu bai’uhu wa ma la yajuzu bai’uhu, masalah jawaz bai ma yantafi’u bihi, far’u bai’ as-sinnaur- kitab jual beli, bab apa yang diharuskan menjualnya dan apa yg dilarang, masalah harus menjual apa apa yang mendatangkan manfaat, pecahan menjual kucing, jilid 5 , ms 61)

hukum menjual hamster,gerbil,arkus etc

Apa hukum berjual beli hamster,gerbil,arkus dan lain lain haiwan peliharaan seumpamanya menurut syariat Islam?

Umumnya sebahagian orang menimbulkan keraguan tentang berjual beli benda benda yang tidak dimakan oleh masyarakat Muslim, khususnya di Negara kita,seperti jenis jenis haiwan yang kita sebutkan di atas. Sebahagian masyarakat mungkin memahami, apa apa benda yang tidak boleh dimakan-kalau benar ia haram dimakan, maka tidak boleh juga diperniagakan. Namun apakah benar hakikatnya begitu?

Tikus: Halal atau haram??

Umumnya haiwan haiwan yang kita sebut di atas, persepsi masyarakat ke atasnya ialah semuanya dari keluarga tikus. Oleh itu, perkara pertama yang kita teliti ialah, status tikus itu sendiri.

Diriwayatkan oleh imam bukhari dan muslim,drpd aisyah r.a, sesungguhnya nabi s.a.w bersabda: lima jenis haiwan yang mendatangkan mudarat, bunuhlah ia walaupun dlm waktu ihram: gagak, burung had-ah, kala jengking, tikus dan anjing yang menyerang(sprt anjing liar,gila dsbgnya).

Daripada hadis di atas, ulama menyimpulkan bahawa diharamkan memakan haiwan haiwan yang disebutkan,iaitu haiwan yang disunatkan kita membunuhnya kerana mudarat yang ada padanya. Dan salah satu daripada haiwan ini adalah tikus.
(Fiqhu al-manhaji, bab al-athimah wa al-asyribah, ma yahillu min al-at’imah wa ma yuhramu-bab makanan dan minuman,apa yang halal drp makanan dan apa yang haram, jilid1.ms 500-501)

namun begitu, terdapat juga beberapa haiwan yang menyerupai tikus, dan digolongkan sekeluarga dengan tikus, yang harus memakannya. Contohnya tikus jerboa(inggeris:jerboa, arab: Yarbu’- sejenis haiwan menyerupai tikus, tetapi lebih panjang ekornya,demikian juga telinganya, dan kaki belakangnya lebih panjang dari kaki hadapannya).
(Fiqhu al-manhaji, bab al-athimah wa al-asyribah, ma yahillu min al-at’imah wa ma yuhramu-bab makanan dan minuman,apa yang halal drp makanan dan apa yang haram, jilid1.ms 499)

Terdapat dalil khusus yang mengharuskan memakan haiwan ini, iaitu riwayat daripada umar bin al-khattab, diriwayatkan oleh imam al-baihaqi dlm sunan al-kubro, dan imam as-syafi’I dalam tartib al-musnad, bahawasanya umar membayar diah semasa haji kerana membunuh tikus jerboa ini,dengan seekor kambing betina. Kata ulama,ini menunjukkan bahawa jerboa adalah haiwan buruan yang dimakan.
(al-bayan fi mazhab imam as-syafii,bab al-ath’imah, masalah- fi akala al-arnab,wa al-qunfud, wa ghirihima- baba makanan, pada memakan arnab,hedgehog dan selain keduanya, jilid 4, ms 502)



Hamster dan gerbil, dari sudut kehidupan dan habitat lebih menyerupai haiwan jerboa ini, yang menghuni gurun dan kawasan tandus dan kering. Jadi harus mengqiyaskan haiwan ini dengan jerboa,sebagaimana disamakan orang dengan tikus.jadi bagi yang mengqiaskannya dengan tikus biasa, memakannya adalah haram, dan jika diqiaskan kepada jerboa, harus memakannya.

Hukum Menjual

Salah satu syarat yang ditetapkan pada sesuatu barang yang hendak dijual adalah, keadaan benda tersebut boleh dimanfaatkan dari pandangan uruf dan diharuskan oleh syara’. Maka tidak sah menjual serangga atau haiwan berbahaya yang tidak boleh dimanfaatkan, atau tidak mendatangkan manfaat dari pandangan adapt. Demikian juga alat alat muzik yang dilarang oleh syara’ menggunakannya. Semua ini kerana menghabiskan harta untuk benda benda yang tidak ada manfaat termasuk dalam membazirkan harta, dan membazirkan harta itu adalah dilarang.

Diharuskan menjual harimau bintang untuk dilatih memburu, gajah untuk peperangan,kera untuk menjaga rumah,lebah untuk madunya, dan seumpamanya, kerana ia mendatangkan manfaat dr pandangan adat dan syara’, dan tidak riwayatkan sebarang larangan menegah menjualnya seperti anjing.
( fiqh al-manhaji, kitab al-bai’, arkan albai’-kitab jual beli, rukun jual beli, jilid 3,ms 13)

Diharuskan juga menjual haiwan haiwan yang tidak dimakan, tetapi mampu memberi manfaat seperti ketenangan melihatnya, seperti apa yang disebut oleh sayyid sabiq di dalam fiqh sunnah; “ dan harus membeli burung kakaktua,merak, dan burung burung yang cantik dipandang, walaupun tidak dimakan,kerana mendengar suaranya dan melihat keindahannya adalah kehendak berbentuk manfaat yang diharuskan syara’.
(fiqh sunnah, kitab albai’,syurut al-bai’-kitab jual beli,syarat2 jual beli. Jilid 4,Ms 31). Burung kakaktua/nuri dan burung merak adalah dua jenis burung tergolong dalam beberapa spesis burung yang haram dimakan,sebagaimana disebut dalm kitab fiqh manhaji.(lihat fiqh manhaji,jilid 1 ms 502)

Kesimpulan

Kami berpendapat,harus menjual/membeli haiwan haiwan yang disebutkan di atas,jika kita mengqiaskan kepada jerboa yang harus dimakan. Demikian juga jika diqiaskan kepada tikus yang haram dimakan, hukumnya tetap harus, kerana ia boleh memberi manfaat, seperti harusnya membeli harimau,singa,dan gajah-yang haram dimakan sebagaimana disebutkan di atas. Manfaat yang dimaksudkan dalam masalah ini berupa hiburan berbentuk ketenangan dan keseronokan melihat kecomelan dan telatahnya, seperti yang disebut oleh sayyid sabiq dalam hal burung burung yang cantik tetapi haram dimakan. Berhibur dengan memelihara haiwan adalah suatu yang diharuskan, selagi mana ia dijaga dan diberi makan dengan baik,dan tidak melalaikan dari mengingati allah Ta’ala.

Ahlan Wasahlan

selamat datang ke dunia tajdid..
semua adalah dialau alukan di sini..terutamanya shbt2 yang bleh beri komentar atas tulisan2 di sini...
tujuan diwujudkan blog ini untuk berkongsi dan koreksi artikel artikel ilmiah yang penulis hasilkan sendiri...
segala komen dan kritikan membina adalah dialu alukan